}

Hentak hentak kaki sambil menangis. Gila. Macam budak budak dahagakan susu. Macam tulah juga aku. Aku nak minum milo. Adeh, tetiba aku rasa macam aku dah terlalu ketagih minuman koko yang diberi nama milo. Sedap nama milo tu. Macam nama kucing. =.="

MILO~  i need u everyday!!

Milo sedap tau. (nak promot produk ni jap ). Bagi aku minuman koko yang diberi nama milo ni, nama ala ala kucing jiran aku dulu. Eh? Berapa kali gua mahu ulang ya? Gila. Sudah. Cukup hani, cukup membebel benda yang karut karut ni. Baik ! (memek muka yang serius)

Satu hari rasanya aku boleh habiskan 4 atau 5 tin milo. Tu kira ada halangan, kalau tak da halangan boleh habiskan dalam 10 tin / kotak / gelas / jug ? . OK, itu sangat sangat mustahil. Kalau ada pertandingan minum paling milo paling banyak sehari aku rasa aku boleh menang (bangga diri). HAKHAHAHA!




Eh ? ini bukan entry tentang dadah tau. Ini entry tentang milo.(sudah tulis dah sampai setengah, baru nak cakap. PANG MAW ?). milo? sedap nama tu. Boleh tak aku nak jadikan nama anak aku nanti ? (memek muka yang pelik dan aneh)

Sehari tak dapat minum MILO rasa nak gila. Kalau dua hari ? jangan tanya, setakat ni belum aku cuba. Kalau nak suruh aku cuba. Mungkin aku akan…… (berfikir). Tak dapat milo memberontak sambil hentak kaki.

"NAK MILO PLEASE!"

Eh eh eh? Milo selalu buat badan aku cerdas + cergas (itu pun nak cakap ke? -.-" suka suki sama hati aku la) . Dengan tuition, kokurikulum, study, homework dan banyak banyak kerja lagi. Bila aku ada milo. AKU RASA BAHAGIA.

yumm yummm. nak ngorat boleh ? -.-"

Untuk dapat lebih lanjut lagi tentang milo, boleh klik sini. (KLIK HERE)

Korang sudah tahu tentang minum ketagihan aku sekarang. Lepas ni, hadiahkan aku air milo k. Eh? Diaorang ada letak dadah dalam milo tu tak ? kenapa menyebabkan aku ketagih sangat ni ?. (ketawa sambil belai belai tin milo).
pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

Bila meningkat dewasa, banyak yang sudah bawa haluan masing masing. Masing masing ada impian sendiri. Cita- cita kita bukan untuk main-main. Ia menentukan masa depan kita.

Bagi aku, pemerhatian aku sendiri, pengalaman aku sendiri. Bila naik ke tingkatan 4. Masing masing dah bawa haluan ikut masing masing punya minat. Bagi aku ? pasti ka apa yang aku bawa haluan aku sekarang? Tepat ke haluaan yang aku bawa sekarang ? Aku tak nak nanti aku tersungkur ketika berlari mengejar cita cita aku.

[Mengejar impian untuk jadi pilot bagi aku seperti mengejar benda yang mustahil untuk dimiliki]

Pilot pilihan pertama aku. Tapi disebabkan RABUN. So, terpaksa aku tolak jauh jauh ke tepi cita cita tu. Terpaksa pilih cita cita yang lain. Tapi….. APA ?

Btw, Tahniah to my ex classmate aku. He will be move to another school. Sekolah yang TERBAIK bagi aku. Sekolah yang banyak budak LELAKI YANG MACHO MACHO. (hahahahaha ! ) *gatainya !* DUUSSHH!! Oh mesti nak tahu sekolah apa kan? Hehehe. Maktab Tentera Diraja (MTD). Hohohoho. (hakhakkaahah !)

“Siapa nak jadi accounting ?”

Aku angkat tangan.

“siapa nak jadi businesswomen?”

Aku seorang saja angkat tangan

“Siapa nak jadi pensyarah ?”

Patutkah aku cakap yang aku angkat tangan lagi ?

“Siapa nak jadi cikgu account ?”

Errr… aku angkat tangan lagi !

Sebenarnya, apa yang aku nak ni ? semua aku nak jadi. Semua aku nak. Kalau boleh satu pekerjaan pun aku takkan lepaskan. Satu pun tak nak. Aku nak semua.

“Hani nanti nak kerja yang mencabar- cabar sikit”

“hish, tak payah la, perempuan tak elok kerja mencabar cabar ni, payah nak dapat kerja. Kalau laki tak pe la.”

Ya. Aku pernah bagi tahu mak aku yang aku nak kerja yang mencabar segala aspek. Tapi malang di tentang. Nak jadi pilot, tak boleh. Nak jadi tentera laut, tak boleh. Nak jadi arkitek, tak boleh. Senang senang duk rumah jaga anak. Habis Cerita. (hahahahaah !, kan dah terlebih melalut. PAAAANNGGG ! )

Nasihat aku,apa pun yang kita ambil di masa sekarang, Kalau kita belajar elok elok, InsyaAllah pasti akan Berjaya. :)
pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

Budak Nurul Hani yang suka bajet dirinya budak sudah kembali membebel. Kali ni nak cerita tentang hari hari di sekolah yang memenatkan lagi keletihan. Hohoho. Ambil tempat masing masing semua. Cik Nurul Hani akan mula bercerita.




Sebelum nak mulakan Al kisah si siang hari ni. Mari kita ketawa dulu. (sila ketawa kuat-kuat macam orang gila). Minggu pertama sekolah aku dah mula pening. Sama ada aliran science stream or account menjadi raja segala raja di otak aku. Alih alih otak kiri dan kanan dah bersepakat nak memilih account. Aku hanya sebagai jasad hanya patuh arahan otak otak sekalian. Mereka yang nak belajar, bukan aku. ( err, rasanya macam pelik ayat aku ).

Dalam minggu pertama juga la aku rasa first time of my life aku ketawa paling paling paling 3 kali paling banyak ketawa. Sebab aku ketawa? Aku dah jumpa kawan yang sekepala,sekaki, sebadan, se…, se… Sir ! your homework I did not finish yet . Later I do, after I update my blog. Hohoho *tetiba jadi tak betul*

Aku sebagai budak baik bagi tahun LEPAS. Telah bertukar status budak paling kejam, jahat, suka bergosip, suka buli, suka mengutuk dalam hati, suka kat kamu. Eh? Hahahaha. Kali ni, jangan tanya aku soalan soalan yang tak mampu aku jawab guna hati, tapi aku terpaksa jawab guna otak. (benci soalan yang kena jawab guna otak)

“Hani, aku rasa kau berubah sikit tahun ni la.”

“eh? Apa bendanya?”

“Kau lebih kearah kekejaman dan kejahatan” memek muka serius.

“(ketawa kuat kuat), kau buat aku fikir guna otak sekarang?”

“eh! Ada jual ais kream, JOM, AKU BELANJA” cuba untuk cover line.

Ya. Sudah diakui oleh kawan. Aku lebih kejam dari yang biasa. Normal la tu. Itu normal ke ? (sedang berfikir guna hati ♥ )

Kadang kadang aku ketawa sampai tak ingat dunia. Aku rasa aku sedang ketawa di bumi, rupa-rupanya aku sedang ketawa di alam yang berbeza. (senyum penuh makna)

“(ketawa tetiba muncul, tanpa aku undang guna kad ala ala kad kenduri)”

“Ya Hani kenapa ketawa?”

“err.. cikgu.. saya… err.. saya beee..errr”

“apa Hani?” nada tegas kelihatan.

“berangan!” jawab cepat cepat.

“Hani, kamu tahun depan nak SPM. Focus sikit !”

Satu kelas ketawa. Satu tingkatan ketawa. Satu sekolah ketawa. Satu Malaysia ketawa. Satu dunia ketawa. OK, AKU TIPU BAB BERANGAN TU.

Oh, minggu kedua penuh dengan kesibukkan dan aku bertanya pada diri aku sendiri.

(sedang berhadapan dengan cermin)

“Adakah ini minggu paling sibok buat aku?”

Cermin jawab apa yang aku tanya balik. Pelik. Tapi ini reality. Tak percaya? Pergi la try sendiri. (ketawa penuh muslihat)

Bergosip gosip dengan jiran sebelah tentang ‘budak peramah’. Oh, ramai orang tak sukakan dia, kenapa ya? (menjeling kearah kawan yang lain sambil tahan ketawa).


Ok ok. Tak larat nak bertulis dah. Penat.

“Budak peramah memang senang dapat kawan, tapi kalau TERLEBIH dos peramah tu mungkinkah dia akan kehilangan kawan?” (sedang berfikir pakai otak, shit ! )


Bersambung…
pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

 
Sedang bersuka ria jalan jalan ke blog orang tetiba...


BUZZ!

Kawan : Tengah blogwalking ke?
Aku : yo ! hah la. why?
Kawan : blog siapa?
Aku : oh, blog orang la tak kan blog beruang kot. HAHAHAH :))
Kawan : Blog tu popular ke tak ?
Aku : popular kot.
Kawan : aku suka blogwalking ke blog tak popular. itu lebih bagus.
Aku : kenapa pulak ?
Kawan : blogger popular SOMBONG.
Aku : errk. tak. tak. tak. aku rasa tak la. kau salah anggap ni.
Kawan : kau suka back up mereka !
sudutan sedikit sebanyak pertengkaran aku dengan si senget Maya.

Bagi aku blog popular or tak popular, dia orang sama ja. Cuma mereka lebih banyak followers & terkenal berbanding blog tak popular. Tak perlu la rasa cemburu pada mana mana pihak. Aku menasihat diri aku jugak dan semua yang baca blog aku. So, tak payah nak cari keburukaan kebaikan mereka :)

Dan disebabkan aku gaduh dengan Maya tentang Blog Tak Popular Vs Blog Popular. Maka terhasil entry yang mengarut ni. hahaha, ok fine tak lawak. tak payah ketawa. =.="

Pandangan aku.

Blog Popular :

Blog yang popular mesti ada keistimewaannya. Tak kira dari segi apa pun. Pasti setiap blog tu ada keistimewaannya. Tak percaya? meh aku bagi contoh.

Ben Ashaari -Ben suka buat segment. Aku suka join. see, aku dah tertarik pada keistimwaannya. XD

ZackZulkhairi -Kartun comel comel dan lawak bodo incik Zack buat aku jatuh cinta pada belog Realiti Konspirasi. ♥

.Dunia Sebelah Zara. - Kata kata puitis Zara buat aku tergoda nak baca blog dia lagi. ketawa. :)


Cuba korang cari balik kat mana keistimewaan korang? tak jumpa? jangan cari aku. Usaha tangga kejayaan. hahaha.


Blog Tak Popular :

- blogger tak popular ni semestinya tak sombong sebab dia kena kumpul pembaca setia. (macam aku)


oh.  aku rasa blogger semua tak sombong la. Si senget Maya tu silap nampak kot. hahahaha. Next time aku suruh dia pakai mata baru. Hohohoho~




Hani : Incik Broadband kena tahan dengan Big Boss. So sekarang hanya boleh online hari ahad saja. :)



pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

Pertama sekali , terima kasih berbanyak kepada masalah yang datang. (terima kasih tak ikhlas) selamat datang ke pada ‘masalah’ yang macam sampah ke dunia aku. Ok cukup. Kang tak pasal pasal kena maki ngan aku.

[ Baiklah, percaya hanya Allah dapat membantu.]

Mulut Kata Mahu, Hati TAK RELA :

Pening. Menyampah. Tak suka. Benci. Meluat. Hate. Errr. Dan apa yang menunjukkan tak suka. Science stream is better than account. I know that. And I admit that but I H.A.T.E science. So sudah tentu tak mahu. Tapi ! mulut cakap nak! Aku nak ! aku nak sangat sangat ! macam mana tu?

Ya, memang mulut kata mahu, nak sesangat. Tapi relakah hati ? jangan terlalu fikirkan kata mulut, nanti mulut berbohong macam mana? Tapi tak boleh ikutkan  hati nanti kang binasa jadinya. So? Ikut kata mulut hati sakit, ikut kata hati mulut merajuk ?


[ sayang, saye nak mintak pandangan awak boleh ? ]

Mari, aku perkenalkan kekasih gelap aku. (gosh ! ) comelkan dia? Hensem tak ? cute ? oh my god, dia sempurna. Sempurna dimata hatiku, HERO, JOM KAWIN ? (kahkahkahhaha)

Hati KATA MAHU, Mulut Tak Rela :

“korang berdua memang tak serasai, aku akan buang dua dua dari hidup aku!”sedang marahkan hati dan mulut. Arr, bila hati kata mahukan science stream, mulut merajuk cakap dia tak mahukan itu. “Eh mulut ! sengal la kau. Kesian aku tengok hati aku”. (sedang bermarah marahan seorang diri, macam orang gila jalanan)

Mulut menangis teresak – esak sambil membebel “ aku mahu ikut kata hati untuk memilih account, aku nak jadi mulut yang baik” (lawak pulak aku buat cerita tentang hati dengan mulut ni) baiklah, hati. Mulut mahu jadi mulut yang baik. Mari kita pilih account ya?(nada memujuk) “arr! Aku TAK MAHU.” Jerit hati dengan kuat dan lantang.

Mata menangis teresak esak. “ARRRGGHHHH!!! Mulut! Hati ! jangan cuba babitkan mata pula. Dia tak salah apa apa !” . Mata, Hati dan Mulut tersentap. Masing masing diam sepi.

Doakan aku untuk buat keputusan yang terbaik. Terbaik dan sebaik mungkin.
pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

Copyright@2011 by Dunia Gadis Bintang Biru