}

hilang bukan bermakna mati.


Aku menghilangkan diri bukan bermakna aku lupa akan dirimu . Tapi aku ingin menguji betapa kuatkah rinduku saat kehilanganmu . Aku ingin bersedia disaat nanti aku cuba lepaskan dirimu.

Aku menghilangkan diri bukan bermakna aku hilang serta merta . Tapi aku sentiasa dan selalu berdoa akan jodoh kita berkekalan. :)

Aku menghilangkan diri bukan bermakna aku hilang dan lenyap dari dunia mu . Tapi aku ingin menguji dirimu , adakah kau sedar akan kehilangan ku ?


Sebenarnya...


Aku menghilangkan diri kerana diri kerana aku ingin melihat sama ada dirimu masih menyayangi diriku disaat dirimu ada orang baru ?


p/s : perrhhhgg! power gila kot, HAHAH, malam ni agak terlebih jiwang. hahahaha. XD
pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

Aku terfikir balik, aku suka buli orang ke sebenarnya? dah berapa ramai merajuk dengan aku coz aku buli diaorang kaw kaw punye la. Ada yang merajuk sampai tak cakap. Anyone terasa? sila ambil. Tapi dalam blog aku baik. Hipokrik ! . Tak. Bukan. Aku BUKAN blue hipooookrik tu. Aku manusia. XD

"hani? kenapa hang suka buli orang?"

Hell YOU !! Hello~! tolong sikit, aku tak pernah buli orang. Aku bukannya manusia yang terlalu kejam dan jahat. Aku manusia biasa yang ada sifat kejam dan jahat. Wth. =.=" Adakah mungkin kata-kata aku yang menyingung perasaan mereka?

Ok. Setakat ini sudah ada 1, 2, 3, ....6, ...13 .... ok. Tak ingat. XD . Aku bukan seorang pembuli k. Cuma kadang kadang gurau aku terlampau kasar? Yaka? tak tahu pun? Kenapa korang tak cakap? Bersuara itu lebih baik dari diam..

Ok. Janji. (sambil angkat tangan macam nak give me 5). Lepas ni, Eh bukan bukan. Tahun depan gua janji sama lu beb, gua tak jadi kejam dan jahat lagi. Yang paling penting, PEMBULI, right? (sila tepuk tangan jika betul).


p/s : wey, sila jangan percaya sangat dengan janji melayu ni. XD AAHHHAHA (eh hani? cuba jatuhkan bangsa sendiri ka, kejam !)

pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

semalam hari jadi lahir abang aku, eh, jadi ke lahir hah?? =.=". So aku , abang aku, sama cousin g lepak lepak sambil main bowling. best bai, serius gua cakap sama lu beb. =.="

Aku terpikir-pikir aku nak bagi hadiah apa la kat abang aku ni, dah la duit aku pun dah pokai, (ting! ting!) ada lampu keluar dari otak. Ok aku dah tau aku nak beli apa kat abang aku, aku nak beli....

"happy birthday abang azim :)"

Beli cake guna duit aku, gila bai, mahal gila cake sekarang. Untung jugak kalau aku jadi penjual cake. Nanti besar nak jadi penjual cake la.  Untung pun untung. Padahal aku beli cake saiz kecik ja. Eh? ataupun aku je tak tahu yang cake zaman sekarang memang mahal, Almaklum la tak pernah beli cake sendiri semuanya mak sama abah beli kan. XP

sila abaikan.

Bila petang datang , kitaorg g main bowling. pergh! gila, dah la aku tak tahu nak main. Paksa-paksa pula. Ok tak, sebenarnya aku yang paksa abang aku. XD


tengah focus tahap gaban.


HAHAKAKAHAHSX

Pergh ! gila~ aku baling bola tuh sampai masuk longkang. terer kan aku? =.="

kak nana!  hensem tak hubby u ?? ahahaks~


dalam semua semua aku and my cousin, kira abang aku la paling pro(sak) sekali, XP


sudah penat, mau balik la. Nak makan piZza dulu, g tempah tempah."pakcik bagi pizza 10 large punya k." Memang enjoy gila la. Tak tau nak kata apa. Nanti mak dan abah balik mekah, nanti nak sambut lagi k. Amboi macam hari jadi aku pulak yang aku terlebih excited. takpe. takpe. Nanti hari jadi aku nanti, aku ajak semua blogger lepak-lepak pulak. Gua belanja beb. (banyaknya duit aku?)
rock !


p/s : nanti kalau birthday aku, aku nak kek 4 tingkat. nak tempah kat Chef Zam Akmal.(wah, dia bukan baca blog aku pun, just be silent reader) XP




pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

(klik gambar untuk join)

Aku suka sangat baca blog ini :

Aku suka blog ni sebab blog ni santai gila. Kadang-kadang baca blog ni sampai boleh pecah perut kot. Dan paling aku respek gila, blog ni pernah masuk majalah remaja tau, (jangan main-main).
Ok, blog ni aku suka sebab Mr.k suka kutuk kutuk perempuan kaw-kaw punya la, sampai aku pun terasa yang amat mendalam. Tapi,lagi kutuk lagi aku suka nak baca. XP

Aku sangat suka suka suka sangat blog ni. Blog ini seolah olah aku sedang baca novel yang tidak akan habis. Dan lagi satu yang telah membuat aku terpukau adalah pada setiap gambarnya. hehehe, :P

Blog ini, pelik tapi seronok. Banyak maksud tersurat dan tersirat. Blog ini banyak mendorong ilmu agama sikit, eh banyak kot. hehehe  :)

HAHAHA, blog ini entah papew la, yang pasti penulis blog ni hensem kot. HAHA, ok tak pun. tapi suka sangat dengan penulisan dia, bakal cikgu tu, hehehe XP

saya mengetahui segment ini dari blog ben ashaari. 





pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka


(karya ini hanya ditulis sekadar suka-suka)



Awak, saya tak kata saya minat Pooh tau, saya tahu Pooh comel sangat sangat. Saya lebih minat Ultraman Cosmos. Saya tak tahu kenapa dan mengapa saya boleh jatuh cinta pada Ultraman Cosmos. Setiap kali saya tengok cerita Ultraman Cosmos mesti mulut saya ternganga. (ceh, jangan ketawa ! )




Awak, dia comel tapi tak handsome sama sekali. (titik) Jangan tanya banyak-banyak kenapa dia tak handsome, sebab saya tak tahu handsome tu macam mana. Handsome tu macam mana sebenarnya awak? macam awak ke ? (saya rasa nak ketawa kalau awak mengaku awak handsome, jadi jangan mengaku awak handsome,mengaku awak comel itu lagi bagus.)



awak ! tengok? (sambil tunjuk pada gambar di atas) hebatkan ultraman? tapi saya tahu, awak lagi hebat dihati saya. (jangan terlalu bangga.) Awak, nanti kalau raksasa datang serang Malaysia, awak tolong lawan k, nanti saya tahu la yang awak sudi jadi ultraman dihati saya, HAHAHA



Awak, saya nak ultraman warna biru tau, tak nak warna merah. Merah itu garang. Biru itu......(apa??). Biru itu cantik? cun? meletup ? i do not know actually. :P


AWAK, AWAK SUDI TAK JADI PENGANTI ULTRAMAN COSMOS DIHATI SAYA ?




  
p/s : entry ini sebenarnya tak dituju untuk sesiapa pun. saja-saja terlintas untuk buat tentang ultraman cosmos. Sebab aku sayang ultraman cosmos sangat kot. 



pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

Copyright@2011 by Dunia Gadis Bintang Biru