}

Nak join, yeay yeay !

Nak countdown ?


Nak ? (senyum ceria)


Tak nak ? (kembali muram)



Ok fine.




TAAARRRRAAAAAAA!!!




Tajuk dia dah terapangpang di atas ni. So, jangan tanya aku lagi apa aku sedang buat ni. Aku nak join. Aku nak join. Aku nak join. OK, dah tiga kali aku cakap aku nak join. Tapi entry ni aku buat 1 je. =.=’’ Apa aku merepek ni hah? –.—‘’

Kalau nak join, [ sila klik sini ]. Tarikh tutup 10 February 2011. So, apa yang korang buat lagi? Tak payah baca yang ini. Pergi join cepat !


Eh? Mana gambarnya? Oh kejap kejap.











TAAAAARRRAAAA !













Eh? Tak ada pun

Sekali lagi























TAAAAAARRRRAAAAAAA !!!!


[ Muka tak ada. Jari lagi cun. :P ]



[ Itu ikan memo. Bukan ikan patin ye adik adik. ]


Jadi, mari kita serbu ramai ramai untuk join contest ini. HAHAHAHA (ketawa besar)
pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

Hai ! manusia manusia manusia. Memang sudah nyata yang manusia itu manusia. Eh? Macam pelik ja ayat. Ok fine. Kita mula lain.

Memang sudah lumrah alam yang manusia suka menindas sesama manusia, suka mencuri sesama manusia, suka membunuh sesama manusia, dan yang paling tak boleh belah adalah manusia yang suka sesama manusia. (EH?? Betul ke apa aku cakap ni?)

[ Ini gambar. Ini bukan manusia. Anda itu yang manusia ]

Oh ya manusia, kembali kepada tajuk asal. Manusia, boleh aku tanya satu soalan pada kamu ? Mengapa kalau manusia itu tak salah kamu manusia paksa manusia itu untuk minta maaf? (err, payahnya untuk memahami maksud ayat ni). Mengapa manusia? Sila terangkan kepada aku manusia? MENGAPA??

Arr, aku sedar. Aku juga manusiakan? Jadi biarkan aku bagi jawapan itu pada diri aku. Tapi mengapa manusia itu sukar sangat untuk memahami ? Ah. Manusia manusia. Terlalu complicated.
 
[ Aku juga manusia. Patut tak aku benci diri sendiri ? ]

''mengapa perlu aku yang meminta maaf ? BUKAN SALAH AKU !'' –Manusia A-

''AAHH, aku tidak pernah peduli sama ada salah kau atau tidak. Janji kau yang perlu minta maaf !'' –Manusia B-

Manusia !!! Sila CARI SEBAB anda kalau nak paksa manusia itu minta maaf. Jangan paksa manusia itu lagi. Manusia disini rasa nak bunuh kamu manusia disana, -.-''

[ Manusia. Saya datang nak bunuh kamu. Hati-hati ]

Saya sayang manusia yang mengaku kesalahan dirinya sendiri. Sekian. =.=''
pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

Arr. Tak tahu dah nak kata apa. 3 hari menangis dalam hati. 3 hari dah tak datang sekolah. 3 hari dah aku pendam segala-galanya. Mau tak mau, terpaksa telan. Walaupun pahitnya seperti hempedu. (sambil mengesat air mata dengan tisu)



Kalau ianya boleh ditukar ganti dengan aku. PASTI. ITU YANG AKU MAHUKAN. Tapi, mana ada peraturan yang macam tu. Kalau di beri kesempatan masa, PASTI. MASA ITU YANG MAHU AKU ULANG. Aku tak mahu perkara itu terjadi lagi.(kan bagus kalau doremon wujud) Dan sekirannya Malang itu berbau. PASTI. AKU MAHU DIA MENGHINDARINYA. Tapi semua itu mustahil. Semua dah terjadi.

Ternyata semuanya dah berlaku. Semuanya telah terjadi. Aku pun dah kelu. Dari banyak mulut, aku dah bertukar jadi pendiam. Derita tu kalau boleh aku tukar, Boleh tak tukarkan ia dengan aku? (mula menangis perlahan perlahan)



Dalam dunia sebenar, dah hampir tiga hari aku hilangkan diri. Dunia maya? Dah tak ada selera nak menghadap. OH, sudah lebih 24 jam aku tak makan. Sebab terlalu risaukannya. Esok, kalau aku lapar aku akan makan. Kalau aku teringatkannya, sudah berhari tak makan… aku akan rasa hiba. Perlukah aku tolak makanan yang ada dihadapan aku? (menangis mulai teresak esak)

“arrggh, Hani, semuannya telah terjadi. Redha ja la.” hati kecik berbisik. Sayu.

Aku cuba redhakan diri aku. Tapi, mampukah aku. Mampukah hati seorang wanita seperti aku bertahan dengan situasi begini? PASTINYA TIDAK. Tapi, aku akan cuba untuk terima kenyataan ini, sebabnya semua sudah terjadi. (cuba tahan untuk terus menangis)



Arr, perlu ke aku cakap di blog ni perkara yang sebenar?

Berapa ramai sangat la mampu pujuk hati aku yang sedang sayu ini. Arr, biarkanlah semuanya tertanya tanya. Jika aku bersedia untuk beritahu, aku akan cakap.



"aku tak sakit. Tolong jangan salah sangka."

Ya, aku tak sakit. Jangan terpengaruh dengan cerita HANI slot lestary di TV3. Sekian.

Sudah 3 hari ulang alik pergi ke seberang negeri. Penat. Sangat penat. Terlalu sangat penat. Tapi apa kan daya, demimu aku sangup berkorban nyawa. Kesian aku tengok orang kedua paling aku sayang sidunia ni. Penat kena tunggunya. (menangis). Boleh tak aku pula tunggu dia?

Ar, maaf kawan kawan yang baca entry ni yang agak sedih ni. Mak aku terlibat dalam kemalangan akibat pemandu perempuan cina yang cuai. Biar aku cakap siap siap. Ia teruk. Teruk sangat bagi aku. (menangis teresak esak). Aku tak boleh cerita secara detail sangat. Cukup sekadar tahu mengapa aku tak update blog.


Oh. Cukup la aku bebel sampai sini saja. Penat baru balik dari negeri seberang. DAN. Tolong aku sama sama tunaikan solat hajat supaya mak aku cepat sembuh. Senyum. Tapi kekal kelat.

Hani : lepas baca, sila diam. Lepas keluar dari blog ni, buat la macam tak da apa-apa yang berlaku. Jangan bising dan jangan pergi jaja cerita pulak yee. :)
pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

Ini serius. Putera diraja datang lamar aku untuk jadi kekasih dia? What ?! Ini kerja gila namanya. Aku bukanlah cantik pun nak menjadi kawan diraja apatah lagi kekasih kerabat diraja. Putera raja tu kena pukau kot ? HAHAHAHA.

Ceritannya bermula…..



Aku baru balik dari sekolah. Berjalan kaki menuju ke lorong rumah. Dalam hati sedang bersuka ria menolog sorang sorang. Ah! Peduli apa aku, bukan orang dapat baca hati aku pun.

"errr, maaf cik Nurul"

Terkejut macam bewak la sikit. Ada pak cik berusia around 40 an tegur aku.

"Hani"

Cuba aku betulkan nama Nurul tu. Sumpah, aku tak suka orang panggil aku Nurul. Rasa nak makan LEMPANG. Sila panggil aku Nurul.

"err, maaf Cik Hani, ikut saya sebentar. Tuan saya nak jumpa Cik."(sambil menunjuk kearah kereta perdana)

"Maaaf, saya tak akan ikut orang yang saya tak kenal." (sudah mula mengatur langkah)

"Tapi… tuan saya kenal Cik Hani. Mungkin Cik Hani je tak kenal dia." Tersenyum agak ikhlas.

"Maaf." Satu , dua, tiga tapak. Dan aku terdengar deruman enjin kereta ala sport menujuk kearah aku. menoleh ke belakang. Mesti anak orang kaya yang pandu ni. Tak kan anak tauke pisang boleh beli kereta ni. Mahal tuuu.



Pemandu kereta lelaki. Pakaian smart gila (kot). Hensem? Lebih handsome dari Mr. Kaal. OH, SILA JANGAN JADI TAMAK CIK NURUL HANI. Comel ? kejap… 200%. Ahahkkahah! (ketawa gedik gedik) =.="

"Maaf Hani… Pengawal peribadi saya mengusahkan awak ke?" soal lelaki itu setelah datang menghampiri aku.

"tak"

"dah makan belum? Jom saya belanje." (ayat LELAKI KASANOVA)

"tak pe la, mak saya dah masak penat penat kat rumah."

"ooh, kalau macam tu, saya pergi makan di rumah Hani je la ?" (senyum penuh makna. SENYUM LELAKI KASANOVA)

"eh KAU SIAPA NAK PERGI MAKAN RUMAH AKU HAH? MAMAT GILA"

"oh! ya.. Lupa nak kenalkan, saya Tengku Farish Firdaus bin …errr. Tak payah la tahu."

Sambil hulurkan tangan.

"HARAM."

(Mamat ‘double F’ ketawa kuat kuat dan nyaring) Apa kes mamat ‘double F’ ni ? Apa dia ingat aku cakap benda yang salah ke? Gila punya mamat ‘double F’.

"Hani, straight to the point je la saya cakap ni. Saya datang sini jauh jauh semata mata satu perkara saja. Hanya satu menentu hidup dan mati. "

What? Hidup dan mati? Gila. Benda apa ni semua?! Berlaku dalam sekelip mata! . Tak pasal pasal aku jadi mangsa ‘hidup dan mati’ tu.. kenapa mesti aku?

"hah?! =.=' apa"

Mamat ‘double F’ ni mula melutut. What!?



“Sudi tak Cik Nurul Hani Binti Johari menjadi kekasih saya?”

Kelu.























KRRRIINNNNNGGGGG!!!

Arrr. Mimpi rupanya. Gila. Memang gila. Betul betul gila. Aku dah la belum bagi jawapan “YA !”. Geramnya kat handphone aku ni. Rasa nak baling jauh jauh ja. KACAU AKU PUNYA MIMPI ! gatai sunnguuuhhh aku g kunci jam hari ni. Tak pasal pasal hilang putera double F aku tu. Huh~(mengeluh kuat)

PUTERA F, esok datang lagi dalam mimpi saya tau. Lupa nak bagi jawapan. HAHAHAHA(ketawa besar besar)
pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

Tahun ni akan banyak perubahan yang akan berlaku. Ini dan itu bukan aku yang pinta tapi kejadiaan Tuhan. Kelakuan aku pun yang jahat lagi kejam ni pun bukan aku pinta tapi sepontan terjadi. Eh? Betul ke ni. (sambil garu garu kepala)

"Hani !, pinjam buku jap, aku tak siap la kerja cikgu bagi semalam"

'relax la, aku pun tak siap. Kita hantar je lusa. Tak pun kita tiru kawan je."

"SERIUS KAW HANI ? TAKKAN KAU TAK SIAP KERJA?" memek muka terkejut berok.

Kawan-kawan yang sedang baca jangan tiru sikap aku k. YA. Aku tak siap kerja. So what? Ada masalah ke? Ok. Memang tak baik pun. Aku pun sedar jugak. Kawan aku terkejut sebab last year aku mana pernah buat kerja kerja kotor macam ni. Semua kerja sekolah aku complete. Tak ada yang tak siap. Tahun ni, aku berubah. Sebab apa? -.-"



"Hani, bak buku yang cikgu suruh hantar tu. Cepat la."

"Aku tak bawak, sekian."

Ada kawan lain yang menyampuk.

"biar betul kau Hani, dulu kau tak macam ni pun, last year duduk (meja dalam kelas) depan, this year duk belakang sekali. Dulu tak pernah tak siap kerja sekolah, tapi thiiiisss year boleh kira dengan jari ja berapa sangat la kerja sekolah yang kau buat. Sekarang? Bab buku pulak…" (mengeleng geleng)

"banyak pulak kau membebelkan?"

Last year kalau siapa tak hantar homework akan dapan ceramah free dari aku. Tapi this year? Patut tak aku ceramah balik diri aku ? hahahahahak (gelak penuh sinis)

Aku sebenarnya tak berubah. Dia (her) yang berubahkan aku. Sekian, Terima Kasih.
pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

Copyright@2011 by Dunia Gadis Bintang Biru