}

Macam biasa. Aku kembali lagi untuk promot cerita jepun yang super duper best ! Kali ni giliran cerita 1 Litre Of Tears.  Cakap je 1 litre of tears, tapi aku rasa berliter-liter air mata aku keluar. Rasanya diaorang salah bagi tajuk ni. Patutnya 10 Litre Of Tears. #LOL


Sipnosis :

Cerita ni diadaptasi dari kisah benar. Dari buku 1 Litre Of Tears menjadi drama dan movie 1 Litre Of Tear. Ceritanya mengisahkan seorang remaja perempuan (Ikeuchi Aya) yang dulunya begitu aktif tetapi setelah disahkan menghadapi penyakit Spinocerebeller ini. Penyakit Spinocerebellar belum lagi ada penawarnya. Dia begitu tabah dan kuat untuk melawan penyakitnya sehingga dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tabah yang dia ada belum setaraf tabah kita. Kalau ada yang rasa putus asa dengan apa-apa. Sila la tonton cerita ni. i give 5 stars ! :)


Di bintangi oleh :

Erika Sawajiri sebagai Ikeuchi Aya.


Ryo Nishikido sebagai Asou Haruto 


 
boleh tonton secara online di sini :





Album 1 Litre Of Tears :





























Kesimpulannya, 10 kali tengok 10 kali menangis. 100 kali tengok 100 kali menangis. 1000 kali tengok 1000 kali menangis. Kalau rasa "kenapa la hidup aku teruk sangat". Wajib tonton cerita ni. 

Kehidupan Aya ni sedih. Tapi... aku sendiri tak tahu kenapa dia mampu tersenyum dan jalani kehidupan seperti biasa (kalau aku,aku tak akan mampu). apa resepi untuk dia tabah ? *nangis*

AKU NAK KETABAHAN YANG DIA ADA ! -GANBATTE !


pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

Entah. Itulah jawapan yang sepatutnya aku jawab bila ada yang bertanya mengapa mood aku selalu berubah. Kejap-kejap gila. Kejap-kejap menangis. Kejap-kejap ketawa. Kejap-kejap cakap sorang-sorang. Apa ni ? :P

Kalau ikutkan hati rasa nak menagis sambil meraung-raung macam orang gila, nak ketawa mengilai-gilai macam hantu, nak marah yang bukan-bukan. Lepaskan segala tekanan dan lepas ni ada la kakitangan dari hospital Tanjung Rambutan datang jemput aku untuk menginap disana. Tak nak. Tak nak. (geleng-geleng kepala)

Disini aku nak kongsi sikit TIP MENGAWAL EMOSI. Pandangan dan pendapat sendiri la. Wah wah ! first time nak kongsi tip ni. Kalian dan anda-anda dan manusia-manusia semua. Sila ambil perhatian. :P


TIP MENGAWAL EMOSI

Apabila marah :
• Bersabar adalah kuncinya.
• Mengucap banyak-banyak.
• Berpegang kepada kata hikmat ni “orang yang paling kuat ialah orang yang dapat menahan amarahnya”
• (kalau ada tambahan, sila bagi tahu)

Apabila sedih :
• Kadang-kadang kita perlu menangis untuk lepaskannya. (macam aku) :P
• Ingat kenangan-kenangan yang manis.
• Time menangis ni la perempuan perlu tinggikan egonya.
• Berpegang pada kata-kata ini “ menangis bukan boleh menyelesaikan masalah”
• (kalau ada tambahan, sila bagi tahu)

kalau nak tambah garam, gula, sos, kicap. sila bagi tahu. =.='' *gila* #okbai
pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

Lumrah kehidupan manusia. Tidak boleh lari dari penipuan. Bohong kalau aku katakan manusia tak pernah menipu. Sebesar mana pun penipuan, kalau dah namanya tipu. Tipu jugakan ? a’aaa..

Sesetengah manusia menipu untuk menutup kesalahan dirinya sendiri. Takut diri disalahkan, terpaksa menipu untuk selamatkan diri sendiri. Tiada istilah ''tak pe, aku menipu sunat tadi''. Kau belajar mana ? Luku kepala kau kang. XD

[ Focus pada tulisan merah ]

Menipu. Boleh jadi baik dan buruk. Tak kisah la, manusia tu menipu untuk tujuan yang baik atau salah. Bagi aku, kalau manusia menipu, kira menipu untuk keburukkan. Kenapa? Entah. Apapun, menipu tetap dipanggil DOSA. Tak tahu dosa ? =.='

Arrrrggh. Aku jugak menipu. Kau jugak menipu. Dia juga menipu. Kamu juga menipu. Sesiapa pun yang masih bergelar manusia yang bernyawa tak mampu lari dari penipuan. Jadi, Penipu sahabat baik kita. (err..betul ke ?)

[Kekasih tercinta- Kurosagi ]

Lebih parah kalau manusia menipu, penipuan kau tu terbongkar depan mangsa penipu. Mampos la kau. Ah, sudah.sudah. Ini hanya pendapat aku sahaja. Hanya budak hingusan yang sekadar memerhati dah membuat andaian. Maaf kalau salah.

Jom join aku tengok cerita ni. [ Kurosagi ] jom jom !

pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

Tetiba muncul setelah sekian lama aku tak update blog. hehehe. Sesiapa yang mengikuti perkembangan diblog ni, pasti tahu. Di entry ni pun dinyatakan. :) Tinggalkan hal itu. Sekarang aku nak promot sebuah drama yang best ! (sampai tidur malam termimpi-mimpi) :P



CODE BLUE

Sinopsis :
Aizawa Kousaku merupakan salah satu doctor pelatih tahun 2008 di RS Shohoku, bersama dengan tiga rakan lainnya. Berbeza dengan doctor yang lainnya, Aizawa,Shiraishi, Hiyama Mihoko dan juga Fujikawa Yasuo berada dalam pelatihan doctor yang bertugas di dalam helikopter, atau yang disebut juga Doctor Heli. Doctor Heli adalah Doctor yang siap sedia 24 jam ke tempat kejadian dalam keadaan darurat yang harus segera mendapat pertolongan. Suatu hari, empat doktor muda ditugaskan untuk sistem perubatan terkini. Para doktor perubatan mengalami situasi traumatis, menghadapi cita-cita peribadi, saksi kerapuhan hidup, dan mereka hidup secara peribadi dan profesional. 


Di bintangi oleh :


Yamashita Tomohisa sebagai Dr. Aizawa



Aragaki Yui sebagai Dr. Shiraishi Megumi



Toda Erika sebagai Dr. Hiyama Mihoko



Asari Yosuke sebagai Dr. Fujikawa Kazuo



Higa Manami sebagai Dr. Saejima Haruka



Tonton Code Blue secara online disini :
Code Blue Special : [part 1]  [part 2]  [part 3]  [part 4]  [part 5]  [part 6]  [part 7]
Tunggu apa lagi. Pergi la tengok. Sure best punya. Aku gerenti. Jangan risau ye, subtitle English. :)

Code Blue's Pictures ;

 Doctor tanpa senyuman. huh. 

 

 Dr. Aizawa comel. aaauuu ! *lempang*



doctor-doctor sekalian. :P



Pening. Ni Dr. Hiyama ke Dr.Shiraishi ? =,=' 



 Dr Hiyama sakit :(




 Dr. Fujikawa ni lembab sikit dalam cerita code blue. =.='



 Dr. saejima sayang ! <3



 go doctor go ! -.-'

 

 nak tergoda boleh? muaaahahahaha~


 
 Season 1 doctor ni. Season 2 ganti doctor lain. huh.



 
 Helicopter mereka. :)



buat-buat paham. :P



NOW ! SEASON 2 ! SUNDAY 3PM-4PM ! 8TV/708

pesanan penaja : cerita ni best sangat. sila pergi tengok sekarang. ya. tunggu apa lagi ? sekarang ! *excited* #okbai :P
pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

Copyright@2011 by Dunia Gadis Bintang Biru