}

FT Island - Hello Hello





CN Blue - Love Girl





ZE.A - Here I Am





BIG BAND - Tonight





BIG BAND - Love Song





Any suggestion for new kpop songs? Share la sikit. :)

pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

 

Dua hari lepas aku buat gila. Gila tak gila. Aku peduli apa. Ayat #jiwangkarat dalam draf handphone aku dah lama terbengkalai. So malam tu around pukul 8.30 aku send message dekat kawan rapat @ kawan sekelas berbunyi begini. Eh. Mesej boleh bunyi ke ? =___= *lempang*

'Adanya kamu menyempurnakan hidupku, Mencintaimu memberi aku __________' (isi tempat kosong dengan kata-kata paling terbaik akan memenangi RM1 dari Hani.) –Boleh hantar pernyertaan sebanyak mana pun boleh-

Macam poyo kan ayat ? Serius memang poyo pun. Aku baca pun nak muntah. Satu ringgit je ok, sempena 1 Malaysia. :D Ok, sekarang boleh muntah. Muntah tempat lain, jangan muntah kat blog aku. =.=''

Tak banyak penyertaan yang aku dapat. Tapi thanks pada kawan kawan yang join kegilaan aku malam tu. Thanks wey ! :)

Ni antara mesej yang aku dapat :

Huda :
Adanya kamu menyempurnakan hidupku, Mencintaimu memberi aku bahagia.
Comment : eh? bahagia ke? :P *pannng* XD

Farah Amielia :
-Adanya kamu menyempurnakan hidupku, Mencintaimu memberi aku kekuatan untuk hidupku untuk terus bertahan menanti saat bertautnya cinta kita.

-Adanya kamu menyempurnakan hidupku, Mencintaimu memberi aku kekuatan untuk terus bertahan disisi walaupun kau jauh di sana. Penantian ku berbaloi dengan memiliki cintamu.
Comment : aahhh. Teruskan usaha anda. #LOL. :P

Wan Nur Aisyah  :
Adanya kamu menyempurnakan hidupku, Mencintaimu memberi aku kesedaran betapa indahnya cinta.
Comment : Cinta itu indah ke? OH TIDAKK. *pengsan* :P

Zalifah :
Adanya kamu menyempurnakan hidupku, Mencintaimu memberi aku nafaz baru.
Comment : Aku tak mencintai seseorang pun aku dapat bernafas. XD

Farah Aina :
Adanya kamu menyempurnakan hidupku, Mencintaimu memberi aku inspirasi.
Comment : Ni mesti baru lepas tengok tv3 kan? :P

Nadhirah :
Adanya kamu menyempurnakan hidupku, Mencintaimu memberi aku kesedaran akan betapa tidak ternilainya harga sebuah cinta yang lahir dari hati sucu dua insan yang dipertemukan melalui jodoh yang sudah tertulis di Luh Muhfuz.
Comment : errrrrh... (kelu) *wink wink

Syafadhilah :
Adanya kamu menyempurnakan hidupku, Mencintaimu memberi aku seribu erti.
Comment : Seribu je ke ? kenapa tak sejuta? *paannnggg* Ngada kau hani. :D


Serius aku cakap. Setiap kali mesej masuk je aku rasa nak tergelak sampai pecah perut. Aku ingat lelaki je pandai #jiwangkarat, sekarang pun perempuan bukan main lagi la. Bangga jadi perempuan. #tetiba. xD

The winner pertandingan gila gila ni ialah Cik Nadhirah. Ayat dia power sangat. Aku baca terkelu seribu bahasa. xD Next time nak buat lagi. Siapa nak join? sila angkat tangat tinggi tinggi. :P #kbai
pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

Cerita ni agak ketinggalan untuk aku cerita. Berlaku pada 27 december tahun lalu. Tapi aku tak kisah la. Dan aku tak peduli. Dan aku tak heran. Dan ok cukup. Disebabkan tajuk pun dah macam nak mengertak peminat peminat aku diluar sana. (perasan kejap) maka dengan murah hati dan baiknya aku nak bagi tahu yang tajuk ni auta semata mata.

Baiklah, nak cerita dari mana erk? Korang nak tahu dari mana? Ok fine. Pelik sikit kalau aku panggil budak ni peminat misteri aku pulak. (Mati aku nanti kena jawab ngan awek(s) budak tu) Memang tak logic gila tahap gaban la. Aku ja yang suka sangat pakai angan angan mat jemah. Kahkhahkhak.



 [ Hye si kacak ]



Baiklah. Dia ni bukan peminat misteri aku tapi kawan lama masa kecik kecik. Pergi sekolah sama sama (auta!). Balik sekolah sama sama (ya Allah, membohong ja keja budak ni). Kelas sama sama (ini auta juga). Taman sekali (baiklah, ni betul). Kira semuanya sama sama la (errr..tak semuanya sebenarnya).

Fuuh gila? Masih ingatkah aku pada jejaka idaman pada gadis masa darjah 5 tu. Semua budak budak perempuan duk terkejar kejar dia. Gila, aku yang tengok pun dah naik sawan. Ala, maklum la, pengawas katakan. Baiklah, aku tak kata aku enti pengawas k. Titik. Jangan tanya apa apa dah. (larikk, larikk !).


[dulu kecik kecik aku comel macam minah jepun ni. (Perasan! Perasan! Perasan!)]


Petang tu, ada no. tak dikenali msg aku. Gila, dah la tahu no handphone aku dari mana? Suruh kasi tahu sapa yang bagi tahu. taknak. Naik geram jugak. Kalau dengan *#siarantamat* dah lama aku merajuk tahu tak tak? Ok. Jangan melalut. Dah la aku style tak layan number phone aku tak kenal ni. Nasib baik kau hantar “Salam,Hani result macam mana?” bermakna orang dalam handphone ni kenal aku. So sebab tu aku layan.

Cuba kalau orang yang aku tak kenal. Tetiba nak bertegur sapa dengan aku. Oh please la (nada mengedik). Jangan harap aku nak balas. Tambah tambah kalau dia guna kat aku ayat yang paling paling tak boleh belah. “Hai, boleh berkenalan?”. Serius wa cakap kalau boleh memang wa nak bagi nomber lu kat polis ja. Padan muka budak lu, walaupun kawan wa sendiri. (kejam kau hani, kejam!) arrgh, lantak.

 [ Pendiam itu KACAK ]

Dulu masa time darjah 1 sampai darjah 5. Sebelum aku pindah ke sungai petani masa darjah 6. Gila wey, gua cakap sama lu, Cakap ngan aku, budak mana aku tak penah tegur. Kira kalau boleh nak gelar aku minah mulut murai pun ok gak. Ni kalau ada pertandingan lawan cakap dengan burung murai tu, boleh pengsan burung murai tu tengok aku. Mengalahkan mulut dia. Hahaha. Sampai budak pendiam dalam kelas orang lain tak berani nak tegur pun aku tegur. (diaowg bukan apa, kalau budak pendiam , bila diaorg tegur budak tu tak balas balik, gila, mestilah malu. Tambah tambah kalau perempuan yang tegur lelaki) Tapi aku lain. Kalau tak tegur aku balik, kejap gi ada la kena paku dengan aku. Better tegur balik walaupun dengan cakap "boleh tak jangan kacau aku".

Kalau nak suruh aku bagi tau nama dia pun aku masih ingat. Ada dua orang budak selama aku kenal macam tu. Dua dua lelaki. Tapi aku patut akuinya yang lelaki pendiam itu kacak k. ok, cukup cukup. Wah, kalau nak di ingat balik. Best la time tu. Ada pakcik kebun suka ambil berat tentang aku la, Cikgu English aku yang suka buli aku, kawan seangkatan yang suka mengata aku, geng aku yang sekepala ngan aku, dan tak terlepas jugak, kawan kawan yang berdendam dengan aku. Oh, oh oh. Itu semua hanya kenangan bagi aku ja. Bila aku pindah sekolah.Terus aku jadi budak pendiam, sopan santun, lemah lembut. Gila, geli geleman tau tak. Ok cukup. Memang sangat sangat lari tajuk. Semakin aku cerita nanti, semakin lari tajuk. huh. #okbai XD
pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

Copyright@2011 by Dunia Gadis Bintang Biru