}

This cerpen 100% written by me.



Hari ini, genap seminggu Balkis datang lewat ke sekolah. Bukannya pengawas tidak pernah tegur dengan sikapnya itu, tetapi sikapnya seperti mencurah air ke daun keladi. Nur Balkis Binti Badrul. Satu-satunya anak tunggal dan papanya memiliki sebuah syarikat yang terkemuka di Pulau Pinang. Dia dibesarkan dalam keadaan yang serba moden dan penuh dengan kekayaan.

Kelas hari ini bermula seperti biasa. Cikgu Lisa yang mengajar subjek Bahasa Melayu sudah masuk ke kelas dan mula berjalan dari meja ke meja untuk menyemak kerja rumah yang diberinya semalam. Balkis mula cemas. Kerja rumah yang Cikgu Lisa beri semalam dia belum siapkan. Langkah Cikgu Lisa terhenti di hadapan mejanya ketika dia sedang pura-pura untuk mencari buku.

“Balkis,mana kerja rumah yang saya beri kelmarin ?” tanya tegas Cikgu Lisa.

“Errr…saya…err…saya tak bawa buku cikgu.” Jawabnya terketar-ketar.

“Mari saya periksa beg kamu.” Cikgu Lisa mula mengatur langkah menghampiri beg Balkis.

Balkis mula gelabah. Dia cuba menghalang untuk menutup begnya dengan tangan. Tapi malang, Cikgu Lisa lebih tegas dan cepat bertindak.

Satu persatu buku diselak. Ya, buku latihan Cikgu Lisa ada. Tapi kosong. Tiada langsung latihan yang ditulisnya. Muka Cikgu Lisa berubah warna. Mungkin dia marah. Dia meletak buku latihan Balkis di atas meja. Dia menuju ke papan putih dan mula menulis nota. Balkis kelu. Dia tunduk perlahan-lahan. Dia tahu Cikgu Lisa marahkannya.

Sebelum selesai kelas Bahasa Melayu tadi, dia diberi amaran oleh Cikgu Lisa untuk menyiapkan semua latihan. Besok pagi dia dikehendaki menghantar buku latihannya. Dia mula bertanya pada kawan-kawannya tentang latihan yang dia perlu lakukan. Sedang asyik dia menyalin sesuatu pada kertas memo, seorang pengawas datang mencarinya. Pengawas itu memberitahu bahawa Cikgu Lisa ingin berjumpa dengannya di bilik guru.

Pintu bilik guru diketuk. Dia melangkah perlahan-lahan ke arah meja Cikgu Lisa. Pelbagai soalan yang bermain difikirannya. Mengapa Cikgu Lisa ingin berjumpanya ? desis hatinya.

“Selamat pagi cikgu, cikgu nak jumpa saya ?” tanya Balkis ketika berada betul-betul di hadapan meja Cikgu Lisa.

“Ya. Sila duduk Balkis, saya nak cakap sesuatu dengan kamu.” Terang Cikgu Lisa sambil menunjukkan kerusi disebelahnya.

Balkis mula tidak sedap hati. Peluh mula memercik membasahi tubuh badannya. Kipas angin yang berpusing tahap kelajuan maksimum tidak mampu menyejukkannya. Yang dia fikir sekarang, janganlah Cikgu Lisa bawa dia berjumpa dengan pengetua. Gerun dia mendengarnya. Nanti perkara ini akan melibatkan papa dan mamanya pula. Keluhnnya di dalam hati.

Cikgu Lisa yang tadi sedang menulis sesuatu berhenti lalu menghadap ke arah Balkis. Cikgu Lisa mula mengatur ayat untuk bercakap.

“Balkis, saya sebagai guru kelas kamu, saya rasa saya patut tegur sikap kamu ini.” Lembut pertuturannya.
Balkis diam mendengar.

“Sikap kamu semakin hari semakin teruk, Balkis. Kamu sudah banyak berubah. Cikgu takut nanti apa yang kamu lakukan sekarang, hari ini, mahupun esok akan menjejaskan masa depan kamu. Kalau kamu tak berusaha bersungguh-sungguh, SPM nanti kamu mungkin akan gagal semua subjek. ”

Balkis tersentap. ‘Gagal dalam semua subjek SPM ?. Mana mungkin !’ katanya di dalam hati. Dia mahu melanjutkan pelajaran di luar negara. Dia anak orang kaya. Dia ada segala-galanya. Tidak mungkin itu akan berlaku. Tapi, sayang dia tidak sedar yang mungkin juga nanti takdir tidak akan menyebelahinya.
Sebelum dia pulang ke kelas, Cikgu Lisa memberi nasihat kepadanya buat kali terakhir.

“Balkis, kalau kamu tak berubah dari sekarang, masa depan kamu akan hancur”

Dia hanya senyum. Kata-kata Cikgu Lisa berbaur serius. Setelah selesai mendengar nasihat Cikgu Lisa. Dia meminta izin untuk pulang ke kelas.

Awan di pagi subuh selasa kelihatan mendung. Burung-burung sudah keluar untuk mencari rezeki. Semalam sebelum Balkis tidur, dia masih terkenang dengan kata-kata Cikgu Lisa. Dan, hari ini mungkin dia akan memulakan dengan sikap barunya tetapi malang. Nasihat yang diberi semalam langsung tidak memberi sebarang perubahan kepada dirinya. Dan dia juga sudah lali dengan nasihat guru-gurunya. Setiap kali guru masuk ke kelas, setiap kali itu jugalah dia dimarahi dan dinasihati kerana tidak menyiapkan kerja rumah.

Loceng rehat sudah berbunyi. Semua pelajar bergerak menuju ke kantin. Balkis sebentar tadi dipanggil oleh pengawas untuk ke bilik pengetua. Sekarang dia betul-betul ada di hadapan bilik pengetua. Pintu bilik pengetua diketuk. Pengetua mengarahkannya untuk masuk. Di samping pengetua ada papa dan mamanya. Mereka sedang cakap berbisik-bisik. Dia tidak dipelawa untuk duduk.

Pengetua dengan berat hati menghulurkannya sepucuk surat. Dia membuka surat itu perlahan-lahan. Dia diam membaca. 

“Surat Digantung Sekolah ?” dia bertanya penuh kehairanan.

“Ya Balkis. Cikgu, papa dan mama kamu dah berbincang secara baik-baik, saya perlu mengantung kamu untuk seketika. Saya dah banyak menerima aduan dari guru-guru yang kamu sering tak siapkan kerja rumah.” Terang pengetua.

Dia menjadi kelu. Digantung sekolah?. Dia betul betul tidak percaya. Rasa seperti sedang bermimpi.

Semasa di dalam kereta, dia dimarahi oleh papa dan mamanya. Selepas mengemas begnya di kelas tadi sampai sekarang mamanya hanya membebel. Tidak henti-henti marahkannya. Dan sebentar tadi pula, papanya mendapat telefon yang syarikatnya tiba-tiba jatuh bankrap secara mendadak. Papa sudah pening dan semakin kusut. Rumah mereka sudah ditarik oleh pihak bank. Sekarang mereka tiada rumah untuk tinggal. Perlahan-lahan Balkis menangis. Betul apa yang dikatakan Cikgu Lisa, kalau dia tidak berubah, masa depannya akan musnah. Sekarang kekayaan tidak dapat membantunya lagi. Duit tidak bererti lagi baginya.

“Andai waktu boleh diulang, aku akan berubah.” Katanya perlahan-lahan.

Tangisannya yang tadi perlahan kini semakin teresak-esak. Sekarang, dia mula sedar ilmu itu lebih penting dari kekayaan dunia. Dia betul-betul menyesal dengan apa yang dilakukannya. 

Tiba-tiba dia merasakan seperti bahunya dikejutkan seseorang. Rupanya mamanya yang mengejutkannya untuk ke sekolah. Ini bermaknanya dia hanya bermimpi ! . Dia segera bersiap-siap untuk ke sekolah. Setelah sampai di sekolah, dia segera meletakkan begnya di dalam kelas dan berlari secepat yang mungkin untuk berjumpa dengan Cikgu Lisa. Di dalam bilik guru, dia melihat Cikgu Lisa dari jauh sedang mengemas mejanya. Dia terus melulu ke arah Cikgu Lisa dan memeluk erat Cikgu Lisa serta mengucapkan kalimah yang membuatnya Cikgu Lisa menitiskan air matanya.

“Cikgu, Terima Kasih Cikgu kerana memberi nasihat yang menyedarkan saya. Terima Kasih Cikgu !”

Walaupun Cikgu Lisa tidak mengerti apa yang berlaku, namun dia sangat bersyukur kerana Tuhan memberi petunjuk dan hidayah kepada Balkis. Bermula hari itu, Balkis berubah menjadi seorang pelajar yang baik.



pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

8 hadiah bintang dari korang.:

Nadhirah AR said...

awww tetiba rasa nak bertaubat sobs sobs ..... *bukak buku buat homework tahun lepas*

Bintang Biru. said...

@Nadhirah-chan HAHAHAHA *lempang*

Anonymous said...

nice blog....

Unknown said...

suka plak cerpen ni....boleh copy tak....buat hanta keje skola....kalu tak boleh takpe...tapi kalu nak diikutkan harapla bole copy cerpen ni....:)

Unknown said...

best la cerpen ni...boleh copy tak...buat hanta keje sekolah...kalu tak boleh takpe...boleh tak?:):):).....

Anonymous said...

saya menggunakan karangan kamu ini sebagai rujukan ya . sangat membantu , terima kasih :)

Anonymous said...

saya gunakkan sebagai rujukan . thanks ^^

Bintang Biru. said...

@azhan amsyarits okey. Ambik la :)

display:none;
Copyright@2011 by Dunia Gadis Bintang Biru