}

Entah. Itulah jawapan yang sepatutnya aku jawab bila ada yang bertanya mengapa mood aku selalu berubah. Kejap-kejap gila. Kejap-kejap menangis. Kejap-kejap ketawa. Kejap-kejap cakap sorang-sorang. Apa ni ? :P

Kalau ikutkan hati rasa nak menagis sambil meraung-raung macam orang gila, nak ketawa mengilai-gilai macam hantu, nak marah yang bukan-bukan. Lepaskan segala tekanan dan lepas ni ada la kakitangan dari hospital Tanjung Rambutan datang jemput aku untuk menginap disana. Tak nak. Tak nak. (geleng-geleng kepala)

Disini aku nak kongsi sikit TIP MENGAWAL EMOSI. Pandangan dan pendapat sendiri la. Wah wah ! first time nak kongsi tip ni. Kalian dan anda-anda dan manusia-manusia semua. Sila ambil perhatian. :P


TIP MENGAWAL EMOSI

Apabila marah :
• Bersabar adalah kuncinya.
• Mengucap banyak-banyak.
• Berpegang kepada kata hikmat ni “orang yang paling kuat ialah orang yang dapat menahan amarahnya”
• (kalau ada tambahan, sila bagi tahu)

Apabila sedih :
• Kadang-kadang kita perlu menangis untuk lepaskannya. (macam aku) :P
• Ingat kenangan-kenangan yang manis.
• Time menangis ni la perempuan perlu tinggikan egonya.
• Berpegang pada kata-kata ini “ menangis bukan boleh menyelesaikan masalah”
• (kalau ada tambahan, sila bagi tahu)

kalau nak tambah garam, gula, sos, kicap. sila bagi tahu. =.='' *gila* #okbai
pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

display:none;
Copyright@2011 by Dunia Gadis Bintang Biru