}


Tipu kalau manusia manusia sekalian yang baca blog aku ni tak kenal mamat comel atas ni. Tengok cerita Boys Over Flower (BOF)? tak? tak pe la. Dengan Hotfm? tak jugak? Sila hempuk kepala kat dinding. Hempuk sekarang, jap gi takut lupa. =.=

“Hani, sape lelaki comel ni ?”

“Kau tak kenal ? Dia Ex-boyfriend aku” (senyum senyum malu)

“Sejak bila kau couple? =.= ” (buat memek muka pelik)

“Takkan aku couple pun aku kena bagi tahu kau.”

“SEJAK BILA PULA KAU KENAL DIA?”

“eh? Jangan banyak tanya boleh.” Huh.

Kalau tak kenal juga tak pe la. Bukan setiap manusia minat korea. Ya ya. Sambung balik. KIM HYUN JOONG DATANG MALAYSIA. Sila suka. Suka la cepat. Aku suka ni. Aku dari penang turun KL semata-mata nak jumpa dia. #serius.

Dia datang Malaysia pada 20 & 21 Ogos 2011. So aku pun dengan muka tak tahu malu ajak la kawan aku join club untuk turun KL. Oh Kim Hyun Joong tunggu saya ya awak. *paaannngg*


murahkan murahkan ^^


Sepakat punya sepakat.Berkatnya kitaorang pergi bertiga je. Nak ajak abang Biru. Kawan aku taknak. #oktipu. Aku yang tak bagi. Pagi tu, bangun punya awal. Dalam puasa puasa ni pun gagah nak pergi jugak KL. Tak kira. Kena pergi KL jugak. NAK JUMPA ABG KIM HYUN JOONG. =.='' *muntah*



Hai Kim Hyun Joong. Tunggu saya. Dah sampai Malaysia jangan lupa call tau. *muntah* Flight pukul 11.20. tapi pukul 9 aku dah dengan kawan aku terpacak kat peneng airport. Usya abang abang pilot dulu. Mana tahu tetiba boleh buat abang angkat ke, ye tak ? *pengsan* XD

So bila sampai je KLIA. Fuuhhh~ lega beb. Sekarang kena cari transport untuk pergi Hotel D' Garden pulak. Hotel D' Garden pun aku tak tahu. T__T  So, tak kisah sangat. Ada pakcik aku tolong bawa kita orang pergi sana. Terima kasih pakcik. Nanti saya kawin dengan Kim Hyun Joong jangan lupa datang. :P

Bila sampai je hotel terus cheak inn dan ZzZzZ. Letih kot. Dah la puasa. Then tetiba kawan aku tanya soalan maut.

“Kita nak cari makan buka puasa kat mana ?”

“Tak da Bazar Ramadhan ke kat bawah tu?”

“Tak de.”

“HAH? O.o' ” (telan air liur laju laju)

-Diam-

“Apa la kau ni ! Macam la hotel ni tak da restoran ! #sengalbiolbetul”

“aku uji kau je” (ketawa mengekek)

“Cis kawan. Lempang kang”



Esoknya, ada sesi temuramah wartawan dengan Kim Hyun Joong. Ramai gila kot. Sesak nafas aku. Tambah tambah kaum hawa yang memekik memekak.

“KIM HYUN JOONG ! KIM HYUN JOONG ! Sarang heyo !”

“OPPA, Sarang heyo”

“ MY loveerrrr, I LOVE YOU”

“AAAAAAHHHHH ! OOPPPPPAAA !”

Sakit telinga aku dengan suara suara mereka. Rasanya telinga aku masih bengang sampai sekarang. Huh. Nasib baik tak pekak. Kalau tak, Tak dapat dengar suara Aizawa. Aawwuu. Aisheteru Aizawa *lempang* XD

So, aku malas nak memekik memekak. Aku straight to the point. Aku mesej dia.

‘Awak. Saya ada KL. Jom Jumpa.’

‘Saya ada sesi temuramah sekarang. Nanti petang saya call awak balik ok. Bye.’

Aku dengan dia memang dah break. Tapi, tak bermakna tak boleh jumpa kan ? kan ? kan ? :P aku mesej dia dalam bahasa korea la. Kang aku tulis korea korang tak paham pulak. Lempang kang. -.-'

Petang tu, mesej masuk.

‘Awak datang KL nak jumpa saya? Saya ada di Hotel D' Garden. Datang la’

Aku pun balas.

Kebetulan ada kerja sikit kat KL. Saya memang stay Hotel D' Garden. :P’

Hani tipu Hani tipu. HAHAHA ! Memang datang KL nak jumpa dia pun. Then, dia balas.

‘Turun bawah. Saya tunggu di Lobi. Kita jalan jalan sekitar KL. :)’

Walaupun kita dah putus. Awak still layan saya baik. Ni nak sayang balik dekat awak ni. XD

‘ok.tunggu tau’

‘Cepat sikit. :D’

Gila. Memang happy habis la. Aku suruh kawan aku tunggu dalam bilik je. Padan muka dia. Nak ikut sangat. Ok. Sebenarnya, flight aku malam tu juga. Pukul 9.55. so agak kalut la. Tapi tak kisah. Tak sempat balik. Tak payah pergi sekolah. =.='



Aku pendekkan cerita la. Lepas jalan jalan aku gi makan dengan dia. Serius. Memang tak kenal dia gila. Dia cakap. Dia kena pakai pakaian pelik ni. Takut peminat kejar. Elek. Mengada-ngada. :P

Sembang punya sembang. Banyak sangat sembang. Dari kerja bertukar ke aktiviti harian dari aktiviti harian bertukar pulak bab hati. GULP ! (telan air liur.pahit piang. Ni tak suka ni). Dia minta nak bersama balik.

Masalah dia sekarang. Aku 95% tak suka dia dah. Hati aku hanya pada Aizawa. Aizawa, saya takkan curang pada awak ok. :P HAHA.

Dia cakap dia tak paksa. Cuma kalau boleh. Dia nak sangat bersama-sama balik dengan aku. #wth. Aku taknak. Serius tak nak. Cukup sekadar kawan. Rindu aku la tu. *pannnggg*

Selesai makan. Keluar je dari kedai tu. Macam mana tak nampak ada longkang. Tak. tak. Salah tu. MACAM MANA LONGKANG TU BOLEH ADA DEKAT SITU ?! Aku jatuh ok. Ya jatuh ! Bukan jatuh cinta. hish. =.=''

Dan…


















































Tamat. hahaha

#KORANGKENATIPU ;D

pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

2 hadiah bintang dari korang.:

Nadhirah AR said...

Post lu makin lama makin poyo, makin lama makin kelakar. Pehh gua bakar blog lu kang .... nak kasi gua jeles2 pulakkkkk =='

Bintang Biru. said...

@Nadhirah-chan
gua lempang lu kang masuk longkang
:P

display:none;
Copyright@2011 by Dunia Gadis Bintang Biru