}



Kalau korang pernah baca di sini dulu. Aku ada cerita tentang Mr. Kaal . hohoho. siapakah dia ? sila rujuk sini. Aku tahu korang malas rujuk. Tak kira. Kena tengok jugak. XD

So, kali ini aku mimpi dia lagi, ♥ suka tak? suka tak? SUKA. SUKA. *paannnnnggg!* Mimpi ni rasa macam berlain sikit. Macam tak sempat nak habis je. Btw, kalau nak baca, teruskan. Kalau tak nak baca, teruskan baca. Apa aku merepek ni. =.=''

Ayah, mak, kakak dan aku pergi melawat suatu sekolah ni. Kirannya ayah aku macam pengerusi PIBG la. So, melawat punya melawat dari taman ke taman. Aku rasa terdetik hati. ‘rasanya sekolah ni macam sekolah Mr. Kaal punya’.

Bila dah start jalan kelas ke kelas aku pun cuak jugak. Cuak sebab nak cari form 5. =.='

“Kau asal, macam takut je” kak aku perasan dah. Mampos.

“Mana ada takut. Cuak je” alamak. Tutup mulut cepat cepat.

“Asal nak cuak pulak ?”

“Okbai” cepat cepat lari tinggalkan dia. Fuuh, selamat.

Aku dengan keluarga jalan dari kelas ke kelas. Aku toleh ke kanan panggu kepala sikit. Papan tanda kelas atas diatas. Aku start kira.

“5AA” Jalan sikit.

“5AB” Jalan lagi.

“5AC” Takde juga.

“5AD” Jalan lambat lambat. Mana tahu tetiba ada ke. :P

Tak ada la ! *benci benci* So dengan hampanya aku pandang kiri. Ada satu kelas tengah buat apa tah. Aku pun tak perasan sangat. Perhati punya perhati. Aku nampak ada satu susut tubuh yang sangat aku kenali. Cepat cepat aku pandang depan balik.

Jeling sikit sikit. Nampak kawan dia dah nampak aku. Kawan dia cepat cepat panggil dia. Nak bagi tahu aku ada sini la tuu. #sengalbetul. Kaki ! bersedia ya. Aku nak guna kemampuan kau untuk berlari.

“Hani”

#eh? Dia tahu nama aku. Aku rasa dia semakin hampiri dah. Aku tunggu apa lagi. Lari arr. #Eh? Kejap. Mana ayah mak & kakak aku pergi. Tadi ada depan aku. huh =.=’

Selaju mana larian dia. Selaju itu juga la larian aku. Nama aku dipanggil banyak kali dah. Rasa macam terharu gila. Dia panggil nama aku la. *muntah*

Lari lari lari. Berselindung di sebalik tiang jap. Penat penat. Mencari kekuatan untuk berlari lagi.#eh? Kejap kejap, asal aku larikan diri dari dia ? =.=’ #kesiandia

Bila nama aku dipanggil lagi. Aku dah start lari balik. Lari lari masuk dalam tandas. HAHA. Tandas perempuan ok. Lelaki DILARANG. Kebetulan pulak masa aku nak masuk tandas tu lelaki yang sama tadi bagi tahu dia aku masuk tandas. #cilaka.

Woi budak lelaki. Aku jumpa kau di dunia sebenar nanti aku sepak sepak kau. Potong 14 bagi ikan duyung makan. Padan muka ! HAHAHHA *ketawa kejam*

Dia dah jalan menuju ke tandas. Setiap langkah dia. Setiap itu jugak la jantung aku berdegup kencang. Rasa macam nak keluarkan jantung tu je. Buang jauh jauh. -.- Bila dah hampir hampir dekat. Aku dengar suara ayah aku sedang cakap apa entah tak dengan cikgu.

Cepat cepat aku keluar nak mengiringin ayah aku. Secepat pantas kilat tangan dia sambar tangan aku. Wth. Haram tahu. Aku cuba rentap. Buat mata paling garang. Dia buat slumber je. Macam tak ada apa apa yang berlaku.

“Lepas la, nanti abah dengan mak cakap apa pulak”

“Abang nak cakap sikit”

Stop jap. Asal dia bahasakan diri dia ‘abang’ =.= Pelik anak perempuan aneh. #lalalala

“Orang nak balik dah. Bai”

Sebaik saja aku cakap bye. Dia cepat cepat bagi salam.

“assalamualaikum pakcik, makcik”

“Waalaikummusalam..” ayah aku jawab dulu diiringi mak aku.

Lepas beri salam. Terus dia pergi salam tangan ayah dan mak aku. #eh? Bakal menantu ke ? :P

“Saya nak ‘pinjam’ kejap anak pakcik. Nak cakap sesuatu sikit”

Pinjam kepala hotak kau. Rasa nak gigit gigit je tangan dia. Masa dia cakap nak pinjam tu, aku tarik tarik tangan dia. Menandakan aku protes. *memberontak*

“Yela yela. Jaga elok elok tau”

#eh? Asal tetiba ayah aku bagi ni ? abahhhh ! tak nak la. Dekat lelaki lain abah tak bagi. Asal kat dia abah bagi? Calon bakal menantu ek ? -.- #okselamattinggal. :P

“Baik pakcik”.

Dia tarik tangan aku pergi ke kerusi berdekatan. Masalah dia, kenapalah aku tak membantah. Ikut je. Benci diri sendiri. -,- Dia mula buka mulut. Nak tunggu aku. Sampai pagi esok pun belum tentu aku cakap.

“Hani marah abang ke?”

“Tak lah”

“Abang tahu Hani marah abang. Abang nak tahu, kenapa ?”

“Hani tak pernah marah pun”

“Cakaplah, asal Hani marah abang”

“Hani tak marah la”

“Kalau tak marah, kenapa Hani lari dari abang ?”

“Saja”

“Hani”

-diam-

Tak sempat aku nak cakap. Ada suara gedik panggil dia.

“Kaal ! Kaal ! colour ni cantik tak untuk kelas kita”

“ok la”

Dia pandang aku. Abaikan perempuan tu. *padan muka kau* :P

“Pergilah kemas kelas dulu. Nanti kita cakap lain”

Aku dah start bangun. Nak balik. Makin lama disitu. Makin sakit hati. Tahu la aku perempuan tu sukakan dia. Menyampah ! *jelous.jelous*

Dengan sepantas kilat. Tak tak. Aku rasa dia lebih laju lagi. -.-’ Dia sambar tangan aku dan peluk. #WTH. TAK SUKA. TAK SUKA. *lempang*

“Abang tahu. Abang ada buat salah. Walaupun Hani tak bagi tahu abang buat salah. Abang boleh rasa abang buat salah”

Aku diam. Kelu berada dalam pelukan dia. Muka perempuan tadi nampak merah. Menahan amarah dia barangkali. XD. Aku mula jarakkan diri dari pelukkan dia. Nak balik. Ayah aku dah menunggu.

“Ok. Bai”

Aku jalan perlahan-lahan. Aku harap tadi bukan mimpi. Tapi sebenarnnya memang mimpi. Pening kepala aku fikirkan kejadian tadi. Rasa macam mimpi. Ok, memang mimpi ! Tetiba “BBBBUUUMMM” . Aku pengsan.

“Bangun cepat bangun cepat makan sahur” mak panggil

Aaaahhhhhh !!! mimpi di kacau. Baru nak tahu siapakah gerangan yang angkat aku nanti ! aaah, nak sambung tidur balik. #OKBAI


Macam baca cerita novel tak ? Hehehe. :P

pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

2 hadiah bintang dari korang.:

display:none;
Copyright@2011 by Dunia Gadis Bintang Biru