}

Dulu suatu ketika dulu aku penah tulis tentang kalau bukan salah kita mengapa perlu minta maaf. Sekarang hati, jiwa dan raga aku terdetik untuk tulis tentang ini pulak. “salah aku, aku minta maaf”

Manusia, kalau salah diri sendiri sila minta maaf. Dalam kes ini, memang tak ada apa lagi yang perlu perbesarkan kecuali si pemaaf tak nak maafkan manusia itu. Mesti ada sebabnya. Tapi apa ? Sila cari puncannya sendiri. Terima Kasih.

[ I’m sorry if I make you bla bla bla ]

Kalau aku salah pada manusia yang lain pun aku minta maaf. (ye ke ni ? tak caya. Tak caya ) Ye. Betul dan sangat betul. Aku minta maaf sangat-sangat. Aku tahu, kata-kata dari percakapan aku serta tulisan membuat ada manusia yang tersentap. Maaf.

Tiada niat ku untuk membuat sedemikian. Percayalah. Aku manusia biasa yang ada kelemahan yang nyata. Jadi, sila bagi tahu aku secara terbuka kalau aku buat salah kerana aku adalah manusia yang sengal dengan alam sekeliling. Maaf sekali lagi.

[ awak boleh bunuh saya kalau awak mahu ]

Manusia. Berjuta aku pohon maaf pada sesiapa pun yang terasa dengan perbuatan aku. (sambil hentuk-hentuk kepala pada dinding)Aku memang bodoh ! SILA LEMPANG DAN TENDANG AKU LAJU-LAJU ! Janji lepas ni tiada lagi persengketaan. Maaf maaf kali ke-3 kali. =.=’’

Agak-agak,aku memang manusia yang dilahirkan untuk menyakitkan hati orang agaknnya. Ataupun aku memang dilahirkan dengan manusia-manusia yang cepat terasa. Confuse dengan situasi sekarang. Biar aku kaji diri aku untuk seketika. :)
pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

 Hari-hari yang mendatang membuatkan aku kalah dengan kesabaran sendiri. Hanya dengan sabar manusia mampu tenangkan aku. Ahh ! manusia juga sama seperti aku. Menangis sekarang bukan peneman aku. Tapi mungkin akan datang dan menjadi isi dan kuku aku. Manusia memang konflik.

“Kau tahu, menunggu dia seperti menunggu sesuatu yang tak mungkin

“Aku tahu. Terima kasih ingatkan aku. Jasamu dikenang.”

Kau ingat senang nak lepaskan sesuatu yang telah aku genggam selama 4 TAHUN ? Kau tahu dia seolah-olah ada sesuatu yang tak mungkin akan mati dalam hati aku ? Kau tahu dia seolah-olah darah yang mengalir dalam tubuh aku ?

kau tahu ?

tak tahu ?

sila diam.

 
[ diam sehingga di beritahu ]

Jangan risau kawan. Yang akan kecewa nanti aku. Yang akan merana nanti aku. Bukan kamu. Kamu jangan risau ya ? aku bukan manusia yang lemah pada kaum adam. Kaum adam hanya insan seperti boneka aku. eh ? HAHAHAHKK

Kawan, suatu hari aku akan lepaskan dia. Bila aku lepaskan dia, kau jangan lupa cari pengganti untuk aku tahu ? aku tak nak nanti bercinta dengan kucing. Kucing-kucing kat rumah aku dah mula mengorat aku dah ni. Kang aku tergoda, gawat dunia nanti. :P

[ kucing itu comel. Aku cari yang macho. HAHAHA. XD ]

Bila tiba masanya, aku akan lepaskannya. Biar dia bahagia bersama yang tersayang. Biar aku merana ? OH bagus sekali (sambil tepuk tangan kuat-kuat)
pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

[ sila klik banner untuk join ]

" Nisa yang cantik lagi comel. Saya nak menang giveaway ni. HAHAHA "

pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

Si angkuh bertemu Si ego. Apa ya ? Kelakar pula aku baca tajuk tu. Comel pun ada. *perasan* HAHAHAH. Apa akan terjadi sebenarnnya kalau Si angkuh bertemu dengan Si ego. Mereka akan bersatu ? atau memberontakkan seperti anjing dengan kucing ? atau seperti ggrrrr *lupa*

[ Jangan jadi seperti anjing dengan kucing ]

Kalau dengan Si angkuh, aku tak boleh nak cakap apa dah. Kalau dah namanya angkuh, angkuh la jugak sikapnya. Kalau ego pula ? aku hanya mampu duduk diam. No comment.

Hei Si angkuh ! *nada marah* boleh belah la lu. Lu fikir lu bagus sangat ke ? Guwa lagi bagus dari lu la ! dan dan dan Si ego pun lebih baik dari lu. Sila bawa diri lu pergi jauh-jauh dan mati. *mood tetiba marah*

[ Boleh aku bunuh kau Si angkuh ? ]

Wahai Si angkuh. Sila terasa. Aku sedang cakap tentang kau. Kau baik sebenarnya. Tapi SIKAP KEANGKUHAN KAU membuat aku jijik dan benci nak lihat kau. Tolong. Jangan buat aku benci pada kau. Sila berubah dari sekarang.

Si Angkuh. Aku sayang kau. YA. Sayang. Sayang as a friend. Jadi, tolong la, kalau kau tak sayangkan aku. Memadailah kalau kau sayangkan persahabatan kita. Jangan buat aku menangis kerana kau buat kali ke-2. (senyum)

P/s : aku rasa mood aku tak stabil sekarang sampai ada kawan tegur. :PPP
pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

Copyright@2011 by Dunia Gadis Bintang Biru