}

Selepas sehari je aku ambil result. Aku rasa macam lain je. Lain bukan sebab result. Rasa lain dekat badan. Errk! Maksud aku badan rasa lain macam. Seolah-olah nak demam je. Pagi pagi bangun masa mak kejutkan nak solat subuh pun dah rasa pening-pening. Badan rasa sejuk semacam ja. Suara jangan kata, dah macam jantan lelaki. Hingus dah meleleh macam budak budak tadika yang tak nak pergi tadika. Menangis bagai nak rak. Ok fine. Aku tipu. Lepas solat, tidur balik. Aku tahu, lepas solat subuh tak baik nak tidur. Tapi peduli apa aku. Pening pala aku bagai nak pecah kepala dah.

Dalam pukul 10 pun aku tak bangun lagi. Fine kalau korang nak kata teruk sekalipun. Aku dah pening kepala ni. Mak aku dah call, mesti nak tanya aku nak g sekolah ke tak? Errk. Macam pening semacam. Taknak la aku. Suara dah la macam err…err…err.. boleh dengar tak? Hahahahah. So aku bangun pukul 11. Tu pun akak aku tolong kejutkan. Lepas bangun. Round satu rumah dulu (macam tak de kerja ja.)

Tengok akak aku makan nasi.(entah apa apa la budak hani ni) Pergi ruang tamu. Tengok cartun. Habis kartun. Baru la g bilik tarik kain tuala and mandi. Err. Oh ya, sebelum mamdi mak aku ada call. Dia cakap dah tau rasa nak demam kenapa tak bangun bangun terus mandi je? Err. Aku senyum kambing jew. Kahkahkahkahkah.

Petang tu, kepala dah macam nak pecah. Badan sejuk mengetar. Suara dah takda. Nak hai pun dah tak dengar jelas. Menci menci. Serius aku cakap yang aku tak suka demam. Dari awal tahun 2010 sampai sekarang. Aku tak pernah demam. Dulu masa time malas nak g sekolah. Doa la, kenapa la aku tak pernah demam tau? Serius aku cakap. Aku benci gak g sekolah nak menghadap muka kawan kawan yang sangat menyakitkan hati, err. Sesetengah ja. Tak semua. Aduihai. Bila dah demam ni. Tetiba aku rasa better tak payah nak demam kalau menyiksaankan jiwa dan rasa ni.

Kesihatan baik itu lebih baik dari demam. Jadi,jagalah kesihatan anda, kahkakah.
pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

Malam sebelum ambil keputusan PMR. Aku ingat aku nak tidur awal sikit. Tapi alih alih tak boleh tidur. Sebelum masuk tidur aku dah tunaikan solat Insya dan solat sunat. Sekadar yang aku mampu buat. So, aku buat la sikit-sikit. Supaya aku tabah hari esok. Bukan apa, aku takut kang aku terlalu berdebar-debar bum jatuh pengsan. Dalam pukul 12.41 pagi, bersiap-siap nak tidur dah. Baca doa apa yang patut. Then aku start tidur. 15 minit kemudian, 30 minat kemudian. Aarrgghhh!! Tak boleh nak tidur. Bangun. Baca novel jap. Bila dah start lali baru boleh tidur balik, tu pun aku tengok jap handpon aku dah pukul 2.30 pagi.

Pagi tu, aku bangun awal sikit. Solat sunat lagi dan solat subuh. Berdoa. Jangan kata, terlalu banyak aku doa, tu pun aku rasa belum cukup lagi. Lepas solat, ingat nak tidur balik, tapi tak jadi. G ruang tamu. Tengok MHI. Tengok. Tengok. Tengok. Tertidur. Alamak ! nasib baik kak aku tolong kejutkan. Tu pun 15 minit sebelum kul 10 pagi. Kawan-kawan aku dah cakap nak g sekolah kul 10 pagi, kira dah set la. Call abah dulu. Lepas call baru g mandi. Siap-siap tunggu abah dekat ruang tamu. Bila abah dah balik baru la aku perasan dari tadi hati aku tak berdebar-debar langsung. Mungkin Allah cuba tenangkan aku. Bila naik kereta, baru debaran tu kian terasa. Tak boleh jadi ni, better Tanya kawan, result dah kuar ke belom.

"farah, result dah keluar ke belum? Hani dah on the way g sekolah tau."

Sms tak berbalas. Dan berkemungkinan result dah keluar. Bila dah sampai depan sekolah. Aku dah nampak riak muka gembira, duka, sedih, seronok dan cool. Aku suka sapa buat muka cool. Hehehe. Dah masuk kawasan sekolah, nampak farah on the way nak balik dah. Baiklah. Masa untuk serbuu farah.

"Farah, berapa? Berapa?"

"Hani g ambil dulu, nanti apa apa msg"(mcm tu la kot ayat dia, dah tak ingat sngat)

"ok ok."

Aku pun berlari dengan pantas mengejar abah aku yang sudah berlalu ke pejabat sekolah. Ayah aku tunggu kat situ. Aku je jalan penuh sopan dan keayuan (hahahaha) ke dewan. Dah nampak cikgu kelas aku senyum-senyum manis + tawar., kat aku. Aku .. err.. mimpi ke ni, cubit jap diri ni. Aauu! Sakit. Baiklah ini reality. Aku berjalan kearah meja cikgu aku duduk. Tak nampak orang lain dan hanya 1 saya lorong aku. Meja yang cikgu aku duduk tu.

"Nama apa?"

(takkan cikgu ni tak ingat nama aku kot, budak paling menyusahkan dalam kelas ni?)

“Hani, Nurul Hani Johari.”

“Nama kat kertas tu number berapa?”

(la, ada kertas ka depan aku, baiklah, mari cheak!)

“19. 19 cikgu.”

(kenapa cikgu ni diam ja? Jangan buat aku takut!)

“nah, ”

(cepat cepat ambil dan tengok)

‘1,2, 3 ,4, 5. Ya Allah, 5A ka?’

‘1,2,3. Alhamdulilah. 3 ja B’

Panggu kepala. Tatap cikgu bagaikan tatap kekasihku(aceceh! Hahaha) “Cikgu, terima kasih cikgu!” Peluk peluk. Kiss kiss cikit. HAHA. Nak beredar dari meja cikgu. Tetiba diri rasa terhuyung hanyang. Rasa nak pengsan pun ada. Nasib baik ada cikgu sambut aku. Cikgu perempuaan. Dia senyum kat aku. Dia tanya berapa A? aku jawab 5A 3B. Dia tanya berapa A, yang aku g jawab sekali dengan B itu apa pasal hah?. Dia senyum. Dan bersyukur banyak-banyak. Dia ucapkan tahniah kat aku. Oh! Dia cikgu KH aku rupannya. So? Sudah tentu dia akan tanya KH aku berapa, aku jawab aku A. Dia senyum bagai nak menangis. Aku terkaku bagai nampak hantu. (perrgh, ayat? Gila. )

Aku nak pergi bagi tau ayah aku la walaupun aku dapat tak la serba mana pun kalau nak diikutkan kawan-kawan aku yang lain. Oh ya? Kawan aku dapat berapa ya? Tak sempat nak tanya. Terus melulu nak g kat ayah aku. Tetiba kawan aku panggil.

“HANi ! berapa?”

“err.. err.. jap nak jumpa ayah aku dulu.”

“hah, ok ok”

Lepas g tau ayah aku dapat 5A 3B. Ayah aku tanya. Apa yang B nya. Dengan rasa nak menangisnya. (tak menangis lagi tau) Aku diam. Ayah aku ajak balik dah. Aku cakap jap. Nak jumpa kawan. Ayah aku angguk. Aku berlari terkedek-kedek g kat aku kawan aku. Tanya ni. Tanyan nuh. Dan.. paling kecewa, aku la BM (bahasa melayu) dapat B gila. Aku betul betul tak caya taw tak. Baiklah. Terima dengan redha. On the way nak balik, ayah aku tanya lagi. Apa yang B nya? So dengan penuh semangat aku jawab BM, BI (bahasa Inggeris), dan SN (sains).

Then aku ketawa. Gila. Aku ni orang melayu ke orang korea? Macam mana boleh BM aku dapat B. dah la ada blog. Tempat tulis tulis. Macam mana boleh dapat B ? . Terima dengan redha je la.

Oh my God, panjang gila entry ni. Baiklah. Kalau korang baca kira aku respek gila la. Sambung. Bila dah balik. Dengan muka selumber. Kak aku tanya berapa A?. Aku jawab. "3B". Biar dia berfikir seketika. Hahaha.

BM aku B membuatkan aku seolah-olah bahan ketawa pulak BM, B. fine. Aku tak kisah la. So petang tu aku melayani hidup dengan seperti biasa. Handpon nak Off. Tapi tak sangup. Banyak sangat Msg masuk. Dan aku dah cuba hentikan aku dari dunia maya seketika. Sekarang aku kembail tulis apa aku nak tulis. Jadi. Err, nak sambung baca novel la. Tak tahu nak tulis apa dah. Oh ya. Akak aku ada tegur. Kenapa aku tak macam pelajar yang lain. Orang lain sehari nak ambil result dah tak lalu nak makan. Tapi aku lagi hari result nak keluar, lagi aku makan makin banyak. (telan air liur cepat-cepat) tetiba jadi lapar.. Nak pergi selongkar dapur. XD (hahaha*ketawa jahat*)

Alhamdulilah, hari tu setitis air mata pun aku tak menitis didepan manusia. Hanya aku titiskan air mata didepan Allah ketika Sujud Syukur. =) . Dan. Dan. Dan Walaupun aku tak dapat 8A. Aku rasa keputusan aku dapat tu dah bermakna bagi aku. Sangat. Sangat. Bersyukur. =)


Sekian pidato saya pada hari ini, kahkahkahkah.
pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

SSSSSHHHUUUUU!!! PERGI JAUH! JANGAN DATANG LAGI !


(telan air liur cepat cepat)
 menanti penuh debaran.

Tipu la kalau aku cakap aku tak takut. Memang la takut. Tapi aku mintak tolong ja sikit. Tolong cool wahai pelajar-pelajar tingkatan 3 sekalian. Jangan la gelabah tak tentu pasal (aura gelabah korang dah terkena pada aku). XD

Baiklah, kita tinggal dulu seketika tentang bab ini. Makin lama aku cerita, hati aku pulak yang gelabah. Apa pun tawan-tawan, ingat Tuhan tau. Hanya Dia sahaja yang dapat membantu kita.

Kita rehat sebentar dengan iklan budak comel ni. (dasar tak tau malu, puji diri sendiri!)

Picture : Lepak-lepak bersama geng .

 ( kali ni, aku kutuk diri aku. )


baju pink : Si Cantik.
baju putih : Si Hudoh! :(


kalau berkenan yang baju hitam tu, aku boleh bagi. free je. AHAHA XD


no comment.


ada bakat nak jadi ibu bear ni. ahaha. XD


Tak boleh nak beli. Pegang pun jadi la. Ada sesiapa baik hati nak belikan? :D


Comelnya...bluehippo tu.

aku : hissh ! jangan pegang anjing tu. Nanti kena samak.
kawan : (ketawa kuat-kuat)


Sangat suka picture ini. "i'm a blue star!"


Baiklah. iklan sudah habis. Jadi esok aku bakal ambil result. Doakan aku berjaya. Tetiba rasa semangat nak pergi ambil result. Hahaha. (tak lawak). 

Oh ya. Mungkin aku takkan update blog nanti selepas ambil result. Bagi aku menangis puas puas dulu. Then baru balik ke dunia maya ni. Jadi mau tahu result aku berapa? Nantikannya post akan datang..... jeng, jeng jeng! (hahaha)

pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

Aku nak buat seringkas yang mungkin. Tak larat nak tulis, tapi best pulak tajuk. So, baik aku join dulu sebelum tidur. :)



1. Soalan : Tarikh lahir blog anda?
 Jawapan : 20.10.2010. Seminggu selepas tu baru mula menulis.

2. Soalan : Punca kelahiran blog anda?
 Jawapan : Minat dalam punulisan (kot).

3. Soalan : Orang pertama menjadi follower blog anda?
 Jawapan : Diri sendiri yang jadi follow pertama bagi diri sendiri. (ayat lintang bin punkang la, haha.)

4. Soalan : Entri pertama sebagai blogger.
 Jawapan : Entry pertama disini. Episod kena tinggal. Baca la kalau anda cOmel gila. (ayat bodek)

5. Soalan : Entri pertama anda yang mendapat banyak komen / hits?
 Jawapan : errk, kalau tak silap tentang segmen Ben yang Jom Berkenalan tu.

6. Soalan : Blogger pertama yang anda jumpa?
  Jawapan : Serius, nak cakap jujur. (tak ingat)

7. Soalan : Blog yang anda minat?
 Jawapan : nak berapa? ok, aku bagi satu ja. Zack Zulkhairi-Realiti Konspirasi

8. Soalan : Ceritakan kenangan manis anda sebagai seorang blogger..
 Jawapan : Bila mimpi jadi blog terkenal, lepas tu orang sanjung macam artis. Seronok bila berangan nanti suatu hati mesti blog terkenal-kenal akan datang ke blog ni. (ok, berangan setakat ni saja)

9. Soalan : Ceritakan kenangan pahit anda sebagai seorang blogger..
 Jawapan : Bila otak blank. Tak tau nak tulis sepatah apa pun kat blog. :(

10. Soalan : Impian anda terhadap blog anda?..
   Jawapan : err, tak terfikir pulak kena ada impian, apa ya impian aku untuk blog ni? (sedang berfikir~ =.=" )

eerrkk! ini ka dinamakan seringkas yang mungkin? kahkahkha~ XD
pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

Baiklah, aku nak join la. haha, walaupun sebenarnya aku sedar dan teramat sedar blog aku tak kemas pun. Saja masuk, mana tahu rezeki kan? kan? kan?

 mau join? klik pada gambarnya ok.

disini aku tagkan 3 orangnya yang entah pape (oopps,sorry terkutuk.) XP

1. http://theotherkhairul.blogspot.com/
2. http://www.budaklelaki.com/
3. http://joegrimjow.blogspot.com/

baiklah. Gua nak keluar lepak-lepak dengan geng gua dulu. Papai semua, jangan lupa join jugak, bagi kasi gegar sini. kahkahkah. (tak lawak sebenarnya)
pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

Tanah air bukan bermaksud tanah dibawah air,
Atau bermaksud air dibawah tanah,
Tapi membawa maksud negara asal kita.

 

Wah, Malaysia is the best country. So, kalau sesiapa yang ingin memilih tempat perlancongan, sila datanglah ke Malaysia. (err, bukankah anda sekarang berada di Malaysia?  Oh ! forget it. )

"Selamat kembali ke tanah air setelah 45hari menetap di tanah suci" itu kata-kata yang mampu aku ungkapkan disaat melihat abah dan mak aku di airport tempoh hari. Kata-kata hari terbuku di dalam hati. Tak mampu aku ungkap dimulut, malu. (aceceh! ngada-ngada!)

Pagi-pagi sudah terpaksa bangun awal jam 5.30 pagi. Biasa bagi korang. Susah sekali bagi aku. Sekadar sarung apa apa yang patut then lepas solat subuh baru aku , kakak sama abang bertolak menuju satu destinasi. Airport Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia. AHAHAk XD

Majlis sambut abah dan mak hanya dibuat ala kadar sahaja. Dan dan dan aku suka jadi penyibok malah bukan untuk tolong. Kadang-kadang mood tengah rajin, jangan suruh automatik badan bergerak sendiri. heheh, XP

Thank god. Abah dan mak selamat pergi dan selamat kembali.
pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

waah, esok bakal datang dan itu saat paling aku tunggu sangat sangat. Esok . Ya esok. Tomorrow. Maka berakhirlah sudah penantian aku selama 45 hari.

"Oh hani, tak paham apa yang sedang kamu cakapkan?"

Boleh rujuk sini.

Ya, sudah baca? pergi baca dulu then baru datang balik sini.

Petang ni, agak ramai sepupu sepakat yang akan datang rumah aku. Mungkin. Dan maka esok, berakhirlah sebuah penantiaan. Semalam pergi ambil Cikgu Hana kat airport Pulau Pinang, Malaysia. XD.

Dan hari ni sepatutnya nak pergi lepak-lepak dengan Fasha Sandha. Tapi tak jadi pula. Sedih. Sedih. Its ok. Tak kisah sangat pun. Boleh pergi next week pula. :)

Abah dan Mak aku mungkin sampai pagi besok. Pagi maybe 6.30a.m . Oh, nampaknya malam ni terpaksa tidur awal, sebab pagi esok nak mengekor juga, hekhekhek. XD

Sorry sebab lama tak update blog. Nak tahu apa-apa perkembangan tentang Hani boleh lawat Hani di Tumblr.
pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka


Ya. Ya.
Aku kembali, korang rindu aku ke? Oh really? Terima kasih. Gamsahabnida. Ok cukup, aku tahu aku perasan. XD

Aku bukan saja saja nak tinggalkan dunia blog ini selama seminggu tu. Sehari aku tak tengok blog pun aku tak mampu. Rasa nak gila kot (kuatkan pada perkataan kot). Memberontak juga kalau tak boleh tengok blog. Tengok blog pun jadi la, walaupun sebenarnya tak update. hehekhek. XP




Pagi rabu minggu lepas, minggu lepas k, (pergi ambil kalender berdekatan anda) aku bangun tidur awal daripada biasa (wow!? betul ke ni? ). Nak buka internet nak tengok blog aku. Boleh pulak internet ni main main tarik tali pulak. Bukan main tarik tali dah. Memang dah TERPUTUS TALI. Sabar. Sabar. dugaan namanya ni. Bagi sedapkan hati aku yang tersangat amat lara ini , "Hani, tak pe. Internet nak manja manja tu. Baca novel lagi bagus" untuk sedapkan hati sahaja.

7 hari aku bersabar wei !

Akhirnya aku kembali. Rupanya baru aku tahu. Sebenarnya celcom ada buat apa tah, yang pasti seluruh tempat sekitar sini tak boleh nak on9. XD . (padan muka diaorang ! dan... aku jugak.)

selama 7 hari itu juga la aku dapat kenal dengan jejaka idaman hatiku ini. Eh, aku tak sombong, mari aku kenalkan dengan korang. Berkenan yang mana satu cakap la. Nanti aku tolong adjustkan. Eh, lagi satu, ini untuk perempuan ja. Lelaki jangan memandai nak. Kang kena cop GAY. HAHAH, XD



yang pertama,
AHMAD FIRDAUS. Ada nama sapa kat sini firdaus? tak da. Bagus.

Ketulusan , kesetiaan, kejujuran cinta dia membuat aku tertambat pada hatinya.

yang kedua,
KAPTEN AZHARI. Pilot kapal terbang. ♥ ♥ ♥ . Anyone pilot kat sini? :")

ya? apa yang membuat aku tetambat pada awk erk Arie? XD

Last sekali,
Khalid Zhafran. Oh mai god ! DIA AKU PUNYA. NI KORANG TAK BOLEH NAK AMBIL.

 sifat hati beku, PENDIAM, agak sombong dan kera subang sumbang membuat aku sangat sangat sangat sangat sangat sangat terpikat pada dia. 

Dari kecik sampai dah besar panjang aku memang minat gila pada lelaki yang pendiam. Pendiam pada mata orang, tapi banyak cakap dimata aku. Supaya orang lain tak boleh tahu isi hatinya, biar aku sorang ja tahu. hehek XD

kan best kalau aku dapat Khalid Zhafran..........

(sedang berangan-angan jika dapat hidup bersama Khalid Zafran)

 

pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

Copyright@2011 by Dunia Gadis Bintang Biru