}

Malam sebelum ambil keputusan PMR. Aku ingat aku nak tidur awal sikit. Tapi alih alih tak boleh tidur. Sebelum masuk tidur aku dah tunaikan solat Insya dan solat sunat. Sekadar yang aku mampu buat. So, aku buat la sikit-sikit. Supaya aku tabah hari esok. Bukan apa, aku takut kang aku terlalu berdebar-debar bum jatuh pengsan. Dalam pukul 12.41 pagi, bersiap-siap nak tidur dah. Baca doa apa yang patut. Then aku start tidur. 15 minit kemudian, 30 minat kemudian. Aarrgghhh!! Tak boleh nak tidur. Bangun. Baca novel jap. Bila dah start lali baru boleh tidur balik, tu pun aku tengok jap handpon aku dah pukul 2.30 pagi.

Pagi tu, aku bangun awal sikit. Solat sunat lagi dan solat subuh. Berdoa. Jangan kata, terlalu banyak aku doa, tu pun aku rasa belum cukup lagi. Lepas solat, ingat nak tidur balik, tapi tak jadi. G ruang tamu. Tengok MHI. Tengok. Tengok. Tengok. Tertidur. Alamak ! nasib baik kak aku tolong kejutkan. Tu pun 15 minit sebelum kul 10 pagi. Kawan-kawan aku dah cakap nak g sekolah kul 10 pagi, kira dah set la. Call abah dulu. Lepas call baru g mandi. Siap-siap tunggu abah dekat ruang tamu. Bila abah dah balik baru la aku perasan dari tadi hati aku tak berdebar-debar langsung. Mungkin Allah cuba tenangkan aku. Bila naik kereta, baru debaran tu kian terasa. Tak boleh jadi ni, better Tanya kawan, result dah kuar ke belom.

"farah, result dah keluar ke belum? Hani dah on the way g sekolah tau."

Sms tak berbalas. Dan berkemungkinan result dah keluar. Bila dah sampai depan sekolah. Aku dah nampak riak muka gembira, duka, sedih, seronok dan cool. Aku suka sapa buat muka cool. Hehehe. Dah masuk kawasan sekolah, nampak farah on the way nak balik dah. Baiklah. Masa untuk serbuu farah.

"Farah, berapa? Berapa?"

"Hani g ambil dulu, nanti apa apa msg"(mcm tu la kot ayat dia, dah tak ingat sngat)

"ok ok."

Aku pun berlari dengan pantas mengejar abah aku yang sudah berlalu ke pejabat sekolah. Ayah aku tunggu kat situ. Aku je jalan penuh sopan dan keayuan (hahahaha) ke dewan. Dah nampak cikgu kelas aku senyum-senyum manis + tawar., kat aku. Aku .. err.. mimpi ke ni, cubit jap diri ni. Aauu! Sakit. Baiklah ini reality. Aku berjalan kearah meja cikgu aku duduk. Tak nampak orang lain dan hanya 1 saya lorong aku. Meja yang cikgu aku duduk tu.

"Nama apa?"

(takkan cikgu ni tak ingat nama aku kot, budak paling menyusahkan dalam kelas ni?)

“Hani, Nurul Hani Johari.”

“Nama kat kertas tu number berapa?”

(la, ada kertas ka depan aku, baiklah, mari cheak!)

“19. 19 cikgu.”

(kenapa cikgu ni diam ja? Jangan buat aku takut!)

“nah, ”

(cepat cepat ambil dan tengok)

‘1,2, 3 ,4, 5. Ya Allah, 5A ka?’

‘1,2,3. Alhamdulilah. 3 ja B’

Panggu kepala. Tatap cikgu bagaikan tatap kekasihku(aceceh! Hahaha) “Cikgu, terima kasih cikgu!” Peluk peluk. Kiss kiss cikit. HAHA. Nak beredar dari meja cikgu. Tetiba diri rasa terhuyung hanyang. Rasa nak pengsan pun ada. Nasib baik ada cikgu sambut aku. Cikgu perempuaan. Dia senyum kat aku. Dia tanya berapa A? aku jawab 5A 3B. Dia tanya berapa A, yang aku g jawab sekali dengan B itu apa pasal hah?. Dia senyum. Dan bersyukur banyak-banyak. Dia ucapkan tahniah kat aku. Oh! Dia cikgu KH aku rupannya. So? Sudah tentu dia akan tanya KH aku berapa, aku jawab aku A. Dia senyum bagai nak menangis. Aku terkaku bagai nampak hantu. (perrgh, ayat? Gila. )

Aku nak pergi bagi tau ayah aku la walaupun aku dapat tak la serba mana pun kalau nak diikutkan kawan-kawan aku yang lain. Oh ya? Kawan aku dapat berapa ya? Tak sempat nak tanya. Terus melulu nak g kat ayah aku. Tetiba kawan aku panggil.

“HANi ! berapa?”

“err.. err.. jap nak jumpa ayah aku dulu.”

“hah, ok ok”

Lepas g tau ayah aku dapat 5A 3B. Ayah aku tanya. Apa yang B nya. Dengan rasa nak menangisnya. (tak menangis lagi tau) Aku diam. Ayah aku ajak balik dah. Aku cakap jap. Nak jumpa kawan. Ayah aku angguk. Aku berlari terkedek-kedek g kat aku kawan aku. Tanya ni. Tanyan nuh. Dan.. paling kecewa, aku la BM (bahasa melayu) dapat B gila. Aku betul betul tak caya taw tak. Baiklah. Terima dengan redha. On the way nak balik, ayah aku tanya lagi. Apa yang B nya? So dengan penuh semangat aku jawab BM, BI (bahasa Inggeris), dan SN (sains).

Then aku ketawa. Gila. Aku ni orang melayu ke orang korea? Macam mana boleh BM aku dapat B. dah la ada blog. Tempat tulis tulis. Macam mana boleh dapat B ? . Terima dengan redha je la.

Oh my God, panjang gila entry ni. Baiklah. Kalau korang baca kira aku respek gila la. Sambung. Bila dah balik. Dengan muka selumber. Kak aku tanya berapa A?. Aku jawab. "3B". Biar dia berfikir seketika. Hahaha.

BM aku B membuatkan aku seolah-olah bahan ketawa pulak BM, B. fine. Aku tak kisah la. So petang tu aku melayani hidup dengan seperti biasa. Handpon nak Off. Tapi tak sangup. Banyak sangat Msg masuk. Dan aku dah cuba hentikan aku dari dunia maya seketika. Sekarang aku kembail tulis apa aku nak tulis. Jadi. Err, nak sambung baca novel la. Tak tahu nak tulis apa dah. Oh ya. Akak aku ada tegur. Kenapa aku tak macam pelajar yang lain. Orang lain sehari nak ambil result dah tak lalu nak makan. Tapi aku lagi hari result nak keluar, lagi aku makan makin banyak. (telan air liur cepat-cepat) tetiba jadi lapar.. Nak pergi selongkar dapur. XD (hahaha*ketawa jahat*)

Alhamdulilah, hari tu setitis air mata pun aku tak menitis didepan manusia. Hanya aku titiskan air mata didepan Allah ketika Sujud Syukur. =) . Dan. Dan. Dan Walaupun aku tak dapat 8A. Aku rasa keputusan aku dapat tu dah bermakna bagi aku. Sangat. Sangat. Bersyukur. =)


Sekian pidato saya pada hari ini, kahkahkahkah.
pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

4 hadiah bintang dari korang.:

Nadhirah-chan said...

babe , congrats tau . aku rasa examiner tu tak pakai spek kot time check paper bm hang . maths hang dapat A . ni aku sayang kat hang ni . huahuahua :)

Nurul Hani said...

@Nadhirah-chan wah, nak tahniah untok hg gak, dpt 8a an? tahniah taw.
gila, smpai skrang tak percaya bm aku dpt B. arrgh!

sofya ! said...

hani, tahniah (:

Nurul Hani said...

@sofya ! tima kasih. :)

display:none;
Copyright@2011 by Dunia Gadis Bintang Biru