}

Budak Nurul Hani yang suka bajet dirinya budak sudah kembali membebel. Kali ni nak cerita tentang hari hari di sekolah yang memenatkan lagi keletihan. Hohoho. Ambil tempat masing masing semua. Cik Nurul Hani akan mula bercerita.




Sebelum nak mulakan Al kisah si siang hari ni. Mari kita ketawa dulu. (sila ketawa kuat-kuat macam orang gila). Minggu pertama sekolah aku dah mula pening. Sama ada aliran science stream or account menjadi raja segala raja di otak aku. Alih alih otak kiri dan kanan dah bersepakat nak memilih account. Aku hanya sebagai jasad hanya patuh arahan otak otak sekalian. Mereka yang nak belajar, bukan aku. ( err, rasanya macam pelik ayat aku ).

Dalam minggu pertama juga la aku rasa first time of my life aku ketawa paling paling paling 3 kali paling banyak ketawa. Sebab aku ketawa? Aku dah jumpa kawan yang sekepala,sekaki, sebadan, se…, se… Sir ! your homework I did not finish yet . Later I do, after I update my blog. Hohoho *tetiba jadi tak betul*

Aku sebagai budak baik bagi tahun LEPAS. Telah bertukar status budak paling kejam, jahat, suka bergosip, suka buli, suka mengutuk dalam hati, suka kat kamu. Eh? Hahahaha. Kali ni, jangan tanya aku soalan soalan yang tak mampu aku jawab guna hati, tapi aku terpaksa jawab guna otak. (benci soalan yang kena jawab guna otak)

“Hani, aku rasa kau berubah sikit tahun ni la.”

“eh? Apa bendanya?”

“Kau lebih kearah kekejaman dan kejahatan” memek muka serius.

“(ketawa kuat kuat), kau buat aku fikir guna otak sekarang?”

“eh! Ada jual ais kream, JOM, AKU BELANJA” cuba untuk cover line.

Ya. Sudah diakui oleh kawan. Aku lebih kejam dari yang biasa. Normal la tu. Itu normal ke ? (sedang berfikir guna hati ♥ )

Kadang kadang aku ketawa sampai tak ingat dunia. Aku rasa aku sedang ketawa di bumi, rupa-rupanya aku sedang ketawa di alam yang berbeza. (senyum penuh makna)

“(ketawa tetiba muncul, tanpa aku undang guna kad ala ala kad kenduri)”

“Ya Hani kenapa ketawa?”

“err.. cikgu.. saya… err.. saya beee..errr”

“apa Hani?” nada tegas kelihatan.

berangan!” jawab cepat cepat.

“Hani, kamu tahun depan nak SPM. Focus sikit !”

Satu kelas ketawa. Satu tingkatan ketawa. Satu sekolah ketawa. Satu Malaysia ketawa. Satu dunia ketawa. OK, AKU TIPU BAB BERANGAN TU.

Oh, minggu kedua penuh dengan kesibukkan dan aku bertanya pada diri aku sendiri.

(sedang berhadapan dengan cermin)

“Adakah ini minggu paling sibok buat aku?”

Cermin jawab apa yang aku tanya balik. Pelik. Tapi ini reality. Tak percaya? Pergi la try sendiri. (ketawa penuh muslihat)

Bergosip gosip dengan jiran sebelah tentang ‘budak peramah’. Oh, ramai orang tak sukakan dia, kenapa ya? (menjeling kearah kawan yang lain sambil tahan ketawa).


Ok ok. Tak larat nak bertulis dah. Penat.

“Budak peramah memang senang dapat kawan, tapi kalau TERLEBIH dos peramah tu mungkinkah dia akan kehilangan kawan?” (sedang berfikir pakai otak, shit ! )


Bersambung…
pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

4 hadiah bintang dari korang.:

display:none;
Copyright@2011 by Dunia Gadis Bintang Biru