Kalau ianya boleh ditukar ganti dengan aku. PASTI. ITU YANG AKU MAHUKAN. Tapi, mana ada peraturan yang macam tu. Kalau di beri kesempatan masa, PASTI. MASA ITU YANG MAHU AKU ULANG. Aku tak mahu perkara itu terjadi lagi.(kan bagus kalau doremon wujud) Dan sekirannya Malang itu berbau. PASTI. AKU MAHU DIA MENGHINDARINYA. Tapi semua itu mustahil. Semua dah terjadi.
Ternyata semuanya dah berlaku. Semuanya telah terjadi. Aku pun dah kelu. Dari banyak mulut, aku dah bertukar jadi pendiam. Derita tu kalau boleh aku tukar, Boleh tak tukarkan ia dengan aku? (mula menangis perlahan perlahan)
Dalam dunia sebenar, dah hampir tiga hari aku hilangkan diri. Dunia maya? Dah tak ada selera nak menghadap. OH, sudah lebih 24 jam aku tak makan. Sebab terlalu risaukannya. Esok, kalau aku lapar aku akan makan. Kalau aku teringatkannya, sudah berhari tak makan… aku akan rasa hiba. Perlukah aku tolak makanan yang ada dihadapan aku? (menangis mulai teresak esak)
“arrggh, Hani, semuannya telah terjadi. Redha ja la.” hati kecik berbisik. Sayu.
Aku cuba redhakan diri aku. Tapi, mampukah aku. Mampukah hati seorang wanita seperti aku bertahan dengan situasi begini? PASTINYA TIDAK. Tapi, aku akan cuba untuk terima kenyataan ini, sebabnya semua sudah terjadi. (cuba tahan untuk terus menangis)
Arr, perlu ke aku cakap di blog ni perkara yang sebenar?
Berapa ramai sangat la mampu pujuk hati aku yang sedang sayu ini. Arr, biarkanlah semuanya tertanya tanya. Jika aku bersedia untuk beritahu, aku akan cakap.
"aku tak sakit. Tolong jangan salah sangka."
Ya, aku tak sakit. Jangan terpengaruh dengan cerita HANI slot lestary di TV3. Sekian.
Sudah 3 hari ulang alik pergi ke seberang negeri. Penat. Sangat penat. Terlalu sangat penat. Tapi apa kan daya, demimu aku sangup berkorban nyawa. Kesian aku tengok orang kedua paling aku sayang sidunia ni. Penat kena tunggunya. (menangis). Boleh tak aku pula tunggu dia?
Ar, maaf kawan kawan yang baca entry ni yang agak sedih ni. Mak aku terlibat dalam kemalangan akibat pemandu perempuan cina yang cuai. Biar aku cakap siap siap. Ia teruk. Teruk sangat bagi aku. (menangis teresak esak). Aku tak boleh cerita secara detail sangat. Cukup sekadar tahu mengapa aku tak update blog.
Oh. Cukup la aku bebel sampai sini saja. Penat baru balik dari negeri seberang. DAN. Tolong aku sama sama tunaikan solat hajat supaya mak aku cepat sembuh. Senyum. Tapi kekal kelat.
Hani : lepas baca, sila diam. Lepas keluar dari blog ni, buat la macam tak da apa-apa yang berlaku. Jangan bising dan jangan pergi jaja cerita pulak yee. :)
5 hadiah bintang dari korang.:
semoga mak hang cepat sembuk ok , aku doakan . banyak2 doa tau hani . jangan sedih sangat , nanti mak hang lagi sedih .
@Nadhirah-chan hurrm, aku pun hRap mcm tu gak. Nadd, jangan bagy taw sesiapa lgy yer kat skolah. :)
ok :)
hani, sabar bebanyak taw.
insyaallah nanti mak hani mesti sembuh (:
kuatkan semangat anda !
@queen sofya. thanks deaaarrr ! (terharu)
Post a Comment