}

Selepas sehari je aku ambil result. Aku rasa macam lain je. Lain bukan sebab result. Rasa lain dekat badan. Errk! Maksud aku badan rasa lain macam. Seolah-olah nak demam je. Pagi pagi bangun masa mak kejutkan nak solat subuh pun dah rasa pening-pening. Badan rasa sejuk semacam ja. Suara jangan kata, dah macam jantan lelaki. Hingus dah meleleh macam budak budak tadika yang tak nak pergi tadika. Menangis bagai nak rak. Ok fine. Aku tipu. Lepas solat, tidur balik. Aku tahu, lepas solat subuh tak baik nak tidur. Tapi peduli apa aku. Pening pala aku bagai nak pecah kepala dah.

Dalam pukul 10 pun aku tak bangun lagi. Fine kalau korang nak kata teruk sekalipun. Aku dah pening kepala ni. Mak aku dah call, mesti nak tanya aku nak g sekolah ke tak? Errk. Macam pening semacam. Taknak la aku. Suara dah la macam err…err…err.. boleh dengar tak? Hahahahah. So aku bangun pukul 11. Tu pun akak aku tolong kejutkan. Lepas bangun. Round satu rumah dulu (macam tak de kerja ja.)

Tengok akak aku makan nasi.(entah apa apa la budak hani ni) Pergi ruang tamu. Tengok cartun. Habis kartun. Baru la g bilik tarik kain tuala and mandi. Err. Oh ya, sebelum mamdi mak aku ada call. Dia cakap dah tau rasa nak demam kenapa tak bangun bangun terus mandi je? Err. Aku senyum kambing jew. Kahkahkahkahkah.

Petang tu, kepala dah macam nak pecah. Badan sejuk mengetar. Suara dah takda. Nak hai pun dah tak dengar jelas. Menci menci. Serius aku cakap yang aku tak suka demam. Dari awal tahun 2010 sampai sekarang. Aku tak pernah demam. Dulu masa time malas nak g sekolah. Doa la, kenapa la aku tak pernah demam tau? Serius aku cakap. Aku benci gak g sekolah nak menghadap muka kawan kawan yang sangat menyakitkan hati, err. Sesetengah ja. Tak semua. Aduihai. Bila dah demam ni. Tetiba aku rasa better tak payah nak demam kalau menyiksaankan jiwa dan rasa ni.

Kesihatan baik itu lebih baik dari demam. Jadi,jagalah kesihatan anda, kahkakah.
pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

Malam sebelum ambil keputusan PMR. Aku ingat aku nak tidur awal sikit. Tapi alih alih tak boleh tidur. Sebelum masuk tidur aku dah tunaikan solat Insya dan solat sunat. Sekadar yang aku mampu buat. So, aku buat la sikit-sikit. Supaya aku tabah hari esok. Bukan apa, aku takut kang aku terlalu berdebar-debar bum jatuh pengsan. Dalam pukul 12.41 pagi, bersiap-siap nak tidur dah. Baca doa apa yang patut. Then aku start tidur. 15 minit kemudian, 30 minat kemudian. Aarrgghhh!! Tak boleh nak tidur. Bangun. Baca novel jap. Bila dah start lali baru boleh tidur balik, tu pun aku tengok jap handpon aku dah pukul 2.30 pagi.

Pagi tu, aku bangun awal sikit. Solat sunat lagi dan solat subuh. Berdoa. Jangan kata, terlalu banyak aku doa, tu pun aku rasa belum cukup lagi. Lepas solat, ingat nak tidur balik, tapi tak jadi. G ruang tamu. Tengok MHI. Tengok. Tengok. Tengok. Tertidur. Alamak ! nasib baik kak aku tolong kejutkan. Tu pun 15 minit sebelum kul 10 pagi. Kawan-kawan aku dah cakap nak g sekolah kul 10 pagi, kira dah set la. Call abah dulu. Lepas call baru g mandi. Siap-siap tunggu abah dekat ruang tamu. Bila abah dah balik baru la aku perasan dari tadi hati aku tak berdebar-debar langsung. Mungkin Allah cuba tenangkan aku. Bila naik kereta, baru debaran tu kian terasa. Tak boleh jadi ni, better Tanya kawan, result dah kuar ke belom.

"farah, result dah keluar ke belum? Hani dah on the way g sekolah tau."

Sms tak berbalas. Dan berkemungkinan result dah keluar. Bila dah sampai depan sekolah. Aku dah nampak riak muka gembira, duka, sedih, seronok dan cool. Aku suka sapa buat muka cool. Hehehe. Dah masuk kawasan sekolah, nampak farah on the way nak balik dah. Baiklah. Masa untuk serbuu farah.

"Farah, berapa? Berapa?"

"Hani g ambil dulu, nanti apa apa msg"(mcm tu la kot ayat dia, dah tak ingat sngat)

"ok ok."

Aku pun berlari dengan pantas mengejar abah aku yang sudah berlalu ke pejabat sekolah. Ayah aku tunggu kat situ. Aku je jalan penuh sopan dan keayuan (hahahaha) ke dewan. Dah nampak cikgu kelas aku senyum-senyum manis + tawar., kat aku. Aku .. err.. mimpi ke ni, cubit jap diri ni. Aauu! Sakit. Baiklah ini reality. Aku berjalan kearah meja cikgu aku duduk. Tak nampak orang lain dan hanya 1 saya lorong aku. Meja yang cikgu aku duduk tu.

"Nama apa?"

(takkan cikgu ni tak ingat nama aku kot, budak paling menyusahkan dalam kelas ni?)

“Hani, Nurul Hani Johari.”

“Nama kat kertas tu number berapa?”

(la, ada kertas ka depan aku, baiklah, mari cheak!)

“19. 19 cikgu.”

(kenapa cikgu ni diam ja? Jangan buat aku takut!)

“nah, ”

(cepat cepat ambil dan tengok)

‘1,2, 3 ,4, 5. Ya Allah, 5A ka?’

‘1,2,3. Alhamdulilah. 3 ja B’

Panggu kepala. Tatap cikgu bagaikan tatap kekasihku(aceceh! Hahaha) “Cikgu, terima kasih cikgu!” Peluk peluk. Kiss kiss cikit. HAHA. Nak beredar dari meja cikgu. Tetiba diri rasa terhuyung hanyang. Rasa nak pengsan pun ada. Nasib baik ada cikgu sambut aku. Cikgu perempuaan. Dia senyum kat aku. Dia tanya berapa A? aku jawab 5A 3B. Dia tanya berapa A, yang aku g jawab sekali dengan B itu apa pasal hah?. Dia senyum. Dan bersyukur banyak-banyak. Dia ucapkan tahniah kat aku. Oh! Dia cikgu KH aku rupannya. So? Sudah tentu dia akan tanya KH aku berapa, aku jawab aku A. Dia senyum bagai nak menangis. Aku terkaku bagai nampak hantu. (perrgh, ayat? Gila. )

Aku nak pergi bagi tau ayah aku la walaupun aku dapat tak la serba mana pun kalau nak diikutkan kawan-kawan aku yang lain. Oh ya? Kawan aku dapat berapa ya? Tak sempat nak tanya. Terus melulu nak g kat ayah aku. Tetiba kawan aku panggil.

“HANi ! berapa?”

“err.. err.. jap nak jumpa ayah aku dulu.”

“hah, ok ok”

Lepas g tau ayah aku dapat 5A 3B. Ayah aku tanya. Apa yang B nya. Dengan rasa nak menangisnya. (tak menangis lagi tau) Aku diam. Ayah aku ajak balik dah. Aku cakap jap. Nak jumpa kawan. Ayah aku angguk. Aku berlari terkedek-kedek g kat aku kawan aku. Tanya ni. Tanyan nuh. Dan.. paling kecewa, aku la BM (bahasa melayu) dapat B gila. Aku betul betul tak caya taw tak. Baiklah. Terima dengan redha. On the way nak balik, ayah aku tanya lagi. Apa yang B nya? So dengan penuh semangat aku jawab BM, BI (bahasa Inggeris), dan SN (sains).

Then aku ketawa. Gila. Aku ni orang melayu ke orang korea? Macam mana boleh BM aku dapat B. dah la ada blog. Tempat tulis tulis. Macam mana boleh dapat B ? . Terima dengan redha je la.

Oh my God, panjang gila entry ni. Baiklah. Kalau korang baca kira aku respek gila la. Sambung. Bila dah balik. Dengan muka selumber. Kak aku tanya berapa A?. Aku jawab. "3B". Biar dia berfikir seketika. Hahaha.

BM aku B membuatkan aku seolah-olah bahan ketawa pulak BM, B. fine. Aku tak kisah la. So petang tu aku melayani hidup dengan seperti biasa. Handpon nak Off. Tapi tak sangup. Banyak sangat Msg masuk. Dan aku dah cuba hentikan aku dari dunia maya seketika. Sekarang aku kembail tulis apa aku nak tulis. Jadi. Err, nak sambung baca novel la. Tak tahu nak tulis apa dah. Oh ya. Akak aku ada tegur. Kenapa aku tak macam pelajar yang lain. Orang lain sehari nak ambil result dah tak lalu nak makan. Tapi aku lagi hari result nak keluar, lagi aku makan makin banyak. (telan air liur cepat-cepat) tetiba jadi lapar.. Nak pergi selongkar dapur. XD (hahaha*ketawa jahat*)

Alhamdulilah, hari tu setitis air mata pun aku tak menitis didepan manusia. Hanya aku titiskan air mata didepan Allah ketika Sujud Syukur. =) . Dan. Dan. Dan Walaupun aku tak dapat 8A. Aku rasa keputusan aku dapat tu dah bermakna bagi aku. Sangat. Sangat. Bersyukur. =)


Sekian pidato saya pada hari ini, kahkahkahkah.
pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

SSSSSHHHUUUUU!!! PERGI JAUH! JANGAN DATANG LAGI !


(telan air liur cepat cepat)
 menanti penuh debaran.

Tipu la kalau aku cakap aku tak takut. Memang la takut. Tapi aku mintak tolong ja sikit. Tolong cool wahai pelajar-pelajar tingkatan 3 sekalian. Jangan la gelabah tak tentu pasal (aura gelabah korang dah terkena pada aku). XD

Baiklah, kita tinggal dulu seketika tentang bab ini. Makin lama aku cerita, hati aku pulak yang gelabah. Apa pun tawan-tawan, ingat Tuhan tau. Hanya Dia sahaja yang dapat membantu kita.

Kita rehat sebentar dengan iklan budak comel ni. (dasar tak tau malu, puji diri sendiri!)

Picture : Lepak-lepak bersama geng .

 ( kali ni, aku kutuk diri aku. )


baju pink : Si Cantik.
baju putih : Si Hudoh! :(


kalau berkenan yang baju hitam tu, aku boleh bagi. free je. AHAHA XD


no comment.


ada bakat nak jadi ibu bear ni. ahaha. XD


Tak boleh nak beli. Pegang pun jadi la. Ada sesiapa baik hati nak belikan? :D


Comelnya...bluehippo tu.

aku : hissh ! jangan pegang anjing tu. Nanti kena samak.
kawan : (ketawa kuat-kuat)


Sangat suka picture ini. "i'm a blue star!"


Baiklah. iklan sudah habis. Jadi esok aku bakal ambil result. Doakan aku berjaya. Tetiba rasa semangat nak pergi ambil result. Hahaha. (tak lawak). 

Oh ya. Mungkin aku takkan update blog nanti selepas ambil result. Bagi aku menangis puas puas dulu. Then baru balik ke dunia maya ni. Jadi mau tahu result aku berapa? Nantikannya post akan datang..... jeng, jeng jeng! (hahaha)

pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

Aku nak buat seringkas yang mungkin. Tak larat nak tulis, tapi best pulak tajuk. So, baik aku join dulu sebelum tidur. :)



1. Soalan : Tarikh lahir blog anda?
 Jawapan : 20.10.2010. Seminggu selepas tu baru mula menulis.

2. Soalan : Punca kelahiran blog anda?
 Jawapan : Minat dalam punulisan (kot).

3. Soalan : Orang pertama menjadi follower blog anda?
 Jawapan : Diri sendiri yang jadi follow pertama bagi diri sendiri. (ayat lintang bin punkang la, haha.)

4. Soalan : Entri pertama sebagai blogger.
 Jawapan : Entry pertama disini. Episod kena tinggal. Baca la kalau anda cOmel gila. (ayat bodek)

5. Soalan : Entri pertama anda yang mendapat banyak komen / hits?
 Jawapan : errk, kalau tak silap tentang segmen Ben yang Jom Berkenalan tu.

6. Soalan : Blogger pertama yang anda jumpa?
  Jawapan : Serius, nak cakap jujur. (tak ingat)

7. Soalan : Blog yang anda minat?
 Jawapan : nak berapa? ok, aku bagi satu ja. Zack Zulkhairi-Realiti Konspirasi

8. Soalan : Ceritakan kenangan manis anda sebagai seorang blogger..
 Jawapan : Bila mimpi jadi blog terkenal, lepas tu orang sanjung macam artis. Seronok bila berangan nanti suatu hati mesti blog terkenal-kenal akan datang ke blog ni. (ok, berangan setakat ni saja)

9. Soalan : Ceritakan kenangan pahit anda sebagai seorang blogger..
 Jawapan : Bila otak blank. Tak tau nak tulis sepatah apa pun kat blog. :(

10. Soalan : Impian anda terhadap blog anda?..
   Jawapan : err, tak terfikir pulak kena ada impian, apa ya impian aku untuk blog ni? (sedang berfikir~ =.=" )

eerrkk! ini ka dinamakan seringkas yang mungkin? kahkahkha~ XD
pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

Baiklah, aku nak join la. haha, walaupun sebenarnya aku sedar dan teramat sedar blog aku tak kemas pun. Saja masuk, mana tahu rezeki kan? kan? kan?

 mau join? klik pada gambarnya ok.

disini aku tagkan 3 orangnya yang entah pape (oopps,sorry terkutuk.) XP

1. http://theotherkhairul.blogspot.com/
2. http://www.budaklelaki.com/
3. http://joegrimjow.blogspot.com/

baiklah. Gua nak keluar lepak-lepak dengan geng gua dulu. Papai semua, jangan lupa join jugak, bagi kasi gegar sini. kahkahkah. (tak lawak sebenarnya)
pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

Tanah air bukan bermaksud tanah dibawah air,
Atau bermaksud air dibawah tanah,
Tapi membawa maksud negara asal kita.

 

Wah, Malaysia is the best country. So, kalau sesiapa yang ingin memilih tempat perlancongan, sila datanglah ke Malaysia. (err, bukankah anda sekarang berada di Malaysia?  Oh ! forget it. )

"Selamat kembali ke tanah air setelah 45hari menetap di tanah suci" itu kata-kata yang mampu aku ungkapkan disaat melihat abah dan mak aku di airport tempoh hari. Kata-kata hari terbuku di dalam hati. Tak mampu aku ungkap dimulut, malu. (aceceh! ngada-ngada!)

Pagi-pagi sudah terpaksa bangun awal jam 5.30 pagi. Biasa bagi korang. Susah sekali bagi aku. Sekadar sarung apa apa yang patut then lepas solat subuh baru aku , kakak sama abang bertolak menuju satu destinasi. Airport Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia. AHAHAk XD

Majlis sambut abah dan mak hanya dibuat ala kadar sahaja. Dan dan dan aku suka jadi penyibok malah bukan untuk tolong. Kadang-kadang mood tengah rajin, jangan suruh automatik badan bergerak sendiri. heheh, XP

Thank god. Abah dan mak selamat pergi dan selamat kembali.
pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

waah, esok bakal datang dan itu saat paling aku tunggu sangat sangat. Esok . Ya esok. Tomorrow. Maka berakhirlah sudah penantian aku selama 45 hari.

"Oh hani, tak paham apa yang sedang kamu cakapkan?"

Boleh rujuk sini.

Ya, sudah baca? pergi baca dulu then baru datang balik sini.

Petang ni, agak ramai sepupu sepakat yang akan datang rumah aku. Mungkin. Dan maka esok, berakhirlah sebuah penantiaan. Semalam pergi ambil Cikgu Hana kat airport Pulau Pinang, Malaysia. XD.

Dan hari ni sepatutnya nak pergi lepak-lepak dengan Fasha Sandha. Tapi tak jadi pula. Sedih. Sedih. Its ok. Tak kisah sangat pun. Boleh pergi next week pula. :)

Abah dan Mak aku mungkin sampai pagi besok. Pagi maybe 6.30a.m . Oh, nampaknya malam ni terpaksa tidur awal, sebab pagi esok nak mengekor juga, hekhekhek. XD

Sorry sebab lama tak update blog. Nak tahu apa-apa perkembangan tentang Hani boleh lawat Hani di Tumblr.
pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka


Ya. Ya.
Aku kembali, korang rindu aku ke? Oh really? Terima kasih. Gamsahabnida. Ok cukup, aku tahu aku perasan. XD

Aku bukan saja saja nak tinggalkan dunia blog ini selama seminggu tu. Sehari aku tak tengok blog pun aku tak mampu. Rasa nak gila kot (kuatkan pada perkataan kot). Memberontak juga kalau tak boleh tengok blog. Tengok blog pun jadi la, walaupun sebenarnya tak update. hehekhek. XP




Pagi rabu minggu lepas, minggu lepas k, (pergi ambil kalender berdekatan anda) aku bangun tidur awal daripada biasa (wow!? betul ke ni? ). Nak buka internet nak tengok blog aku. Boleh pulak internet ni main main tarik tali pulak. Bukan main tarik tali dah. Memang dah TERPUTUS TALI. Sabar. Sabar. dugaan namanya ni. Bagi sedapkan hati aku yang tersangat amat lara ini , "Hani, tak pe. Internet nak manja manja tu. Baca novel lagi bagus" untuk sedapkan hati sahaja.

7 hari aku bersabar wei !

Akhirnya aku kembali. Rupanya baru aku tahu. Sebenarnya celcom ada buat apa tah, yang pasti seluruh tempat sekitar sini tak boleh nak on9. XD . (padan muka diaorang ! dan... aku jugak.)

selama 7 hari itu juga la aku dapat kenal dengan jejaka idaman hatiku ini. Eh, aku tak sombong, mari aku kenalkan dengan korang. Berkenan yang mana satu cakap la. Nanti aku tolong adjustkan. Eh, lagi satu, ini untuk perempuan ja. Lelaki jangan memandai nak. Kang kena cop GAY. HAHAH, XD



yang pertama,
AHMAD FIRDAUS. Ada nama sapa kat sini firdaus? tak da. Bagus.

Ketulusan , kesetiaan, kejujuran cinta dia membuat aku tertambat pada hatinya.

yang kedua,
KAPTEN AZHARI. Pilot kapal terbang. ♥ ♥ ♥ . Anyone pilot kat sini? :")

ya? apa yang membuat aku tetambat pada awk erk Arie? XD

Last sekali,
Khalid Zhafran. Oh mai god ! DIA AKU PUNYA. NI KORANG TAK BOLEH NAK AMBIL.

 sifat hati beku, PENDIAM, agak sombong dan kera subang sumbang membuat aku sangat sangat sangat sangat sangat sangat terpikat pada dia. 

Dari kecik sampai dah besar panjang aku memang minat gila pada lelaki yang pendiam. Pendiam pada mata orang, tapi banyak cakap dimata aku. Supaya orang lain tak boleh tahu isi hatinya, biar aku sorang ja tahu. hehek XD

kan best kalau aku dapat Khalid Zhafran..........

(sedang berangan-angan jika dapat hidup bersama Khalid Zafran)

 

pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

hilang bukan bermakna mati.


Aku menghilangkan diri bukan bermakna aku lupa akan dirimu . Tapi aku ingin menguji betapa kuatkah rinduku saat kehilanganmu . Aku ingin bersedia disaat nanti aku cuba lepaskan dirimu.

Aku menghilangkan diri bukan bermakna aku hilang serta merta . Tapi aku sentiasa dan selalu berdoa akan jodoh kita berkekalan. :)

Aku menghilangkan diri bukan bermakna aku hilang dan lenyap dari dunia mu . Tapi aku ingin menguji dirimu , adakah kau sedar akan kehilangan ku ?


Sebenarnya...


Aku menghilangkan diri kerana diri kerana aku ingin melihat sama ada dirimu masih menyayangi diriku disaat dirimu ada orang baru ?


p/s : perrhhhgg! power gila kot, HAHAH, malam ni agak terlebih jiwang. hahahaha. XD
pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

Aku terfikir balik, aku suka buli orang ke sebenarnya? dah berapa ramai merajuk dengan aku coz aku buli diaorang kaw kaw punye la. Ada yang merajuk sampai tak cakap. Anyone terasa? sila ambil. Tapi dalam blog aku baik. Hipokrik ! . Tak. Bukan. Aku BUKAN blue hipooookrik tu. Aku manusia. XD

"hani? kenapa hang suka buli orang?"

Hell YOU !! Hello~! tolong sikit, aku tak pernah buli orang. Aku bukannya manusia yang terlalu kejam dan jahat. Aku manusia biasa yang ada sifat kejam dan jahat. Wth. =.=" Adakah mungkin kata-kata aku yang menyingung perasaan mereka?

Ok. Setakat ini sudah ada 1, 2, 3, ....6, ...13 .... ok. Tak ingat. XD . Aku bukan seorang pembuli k. Cuma kadang kadang gurau aku terlampau kasar? Yaka? tak tahu pun? Kenapa korang tak cakap? Bersuara itu lebih baik dari diam..

Ok. Janji. (sambil angkat tangan macam nak give me 5). Lepas ni, Eh bukan bukan. Tahun depan gua janji sama lu beb, gua tak jadi kejam dan jahat lagi. Yang paling penting, PEMBULI, right? (sila tepuk tangan jika betul).


p/s : wey, sila jangan percaya sangat dengan janji melayu ni. XD AAHHHAHA (eh hani? cuba jatuhkan bangsa sendiri ka, kejam !)

pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

semalam hari jadi lahir abang aku, eh, jadi ke lahir hah?? =.=". So aku , abang aku, sama cousin g lepak lepak sambil main bowling. best bai, serius gua cakap sama lu beb. =.="

Aku terpikir-pikir aku nak bagi hadiah apa la kat abang aku ni, dah la duit aku pun dah pokai, (ting! ting!) ada lampu keluar dari otak. Ok aku dah tau aku nak beli apa kat abang aku, aku nak beli....

"happy birthday abang azim :)"

Beli cake guna duit aku, gila bai, mahal gila cake sekarang. Untung jugak kalau aku jadi penjual cake. Nanti besar nak jadi penjual cake la.  Untung pun untung. Padahal aku beli cake saiz kecik ja. Eh? ataupun aku je tak tahu yang cake zaman sekarang memang mahal, Almaklum la tak pernah beli cake sendiri semuanya mak sama abah beli kan. XP

sila abaikan.

Bila petang datang , kitaorg g main bowling. pergh! gila, dah la aku tak tahu nak main. Paksa-paksa pula. Ok tak, sebenarnya aku yang paksa abang aku. XD


tengah focus tahap gaban.


HAHAKAKAHAHSX

Pergh ! gila~ aku baling bola tuh sampai masuk longkang. terer kan aku? =.="

kak nana!  hensem tak hubby u ?? ahahaks~


dalam semua semua aku and my cousin, kira abang aku la paling pro(sak) sekali, XP


sudah penat, mau balik la. Nak makan piZza dulu, g tempah tempah."pakcik bagi pizza 10 large punya k." Memang enjoy gila la. Tak tau nak kata apa. Nanti mak dan abah balik mekah, nanti nak sambut lagi k. Amboi macam hari jadi aku pulak yang aku terlebih excited. takpe. takpe. Nanti hari jadi aku nanti, aku ajak semua blogger lepak-lepak pulak. Gua belanja beb. (banyaknya duit aku?)
rock !


p/s : nanti kalau birthday aku, aku nak kek 4 tingkat. nak tempah kat Chef Zam Akmal.(wah, dia bukan baca blog aku pun, just be silent reader) XP




pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

(klik gambar untuk join)

Aku suka sangat baca blog ini :

Aku suka blog ni sebab blog ni santai gila. Kadang-kadang baca blog ni sampai boleh pecah perut kot. Dan paling aku respek gila, blog ni pernah masuk majalah remaja tau, (jangan main-main).
Ok, blog ni aku suka sebab Mr.k suka kutuk kutuk perempuan kaw-kaw punya la, sampai aku pun terasa yang amat mendalam. Tapi,lagi kutuk lagi aku suka nak baca. XP

Aku sangat suka suka suka sangat blog ni. Blog ini seolah olah aku sedang baca novel yang tidak akan habis. Dan lagi satu yang telah membuat aku terpukau adalah pada setiap gambarnya. hehehe, :P

Blog ini, pelik tapi seronok. Banyak maksud tersurat dan tersirat. Blog ini banyak mendorong ilmu agama sikit, eh banyak kot. hehehe  :)

HAHAHA, blog ini entah papew la, yang pasti penulis blog ni hensem kot. HAHA, ok tak pun. tapi suka sangat dengan penulisan dia, bakal cikgu tu, hehehe XP

saya mengetahui segment ini dari blog ben ashaari. 





pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka


(karya ini hanya ditulis sekadar suka-suka)



Awak, saya tak kata saya minat Pooh tau, saya tahu Pooh comel sangat sangat. Saya lebih minat Ultraman Cosmos. Saya tak tahu kenapa dan mengapa saya boleh jatuh cinta pada Ultraman Cosmos. Setiap kali saya tengok cerita Ultraman Cosmos mesti mulut saya ternganga. (ceh, jangan ketawa ! )




Awak, dia comel tapi tak handsome sama sekali. (titik) Jangan tanya banyak-banyak kenapa dia tak handsome, sebab saya tak tahu handsome tu macam mana. Handsome tu macam mana sebenarnya awak? macam awak ke ? (saya rasa nak ketawa kalau awak mengaku awak handsome, jadi jangan mengaku awak handsome,mengaku awak comel itu lagi bagus.)



awak ! tengok? (sambil tunjuk pada gambar di atas) hebatkan ultraman? tapi saya tahu, awak lagi hebat dihati saya. (jangan terlalu bangga.) Awak, nanti kalau raksasa datang serang Malaysia, awak tolong lawan k, nanti saya tahu la yang awak sudi jadi ultraman dihati saya, HAHAHA



Awak, saya nak ultraman warna biru tau, tak nak warna merah. Merah itu garang. Biru itu......(apa??). Biru itu cantik? cun? meletup ? i do not know actually. :P


AWAK, AWAK SUDI TAK JADI PENGANTI ULTRAMAN COSMOS DIHATI SAYA ?




  
p/s : entry ini sebenarnya tak dituju untuk sesiapa pun. saja-saja terlintas untuk buat tentang ultraman cosmos. Sebab aku sayang ultraman cosmos sangat kot



pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

(sila baca dengan nada yang PALING sedih)


Saya : awak, sakit tak kalau dikecewakan?
Awak : awak rasa ?
Saya : saya rasa sakit kot.
Awak : awak, kita kan saling mencintai, awak jangan takut k..


saya : awak ? sakit tak kalau hati dibelah dua ?
awak : apa maksud awak ?
saya : seseorang mencintai dua orang dalam 1 waktu .
awak : awak, jangan risau, saya mencintai awak sepenuh waktu.


saya : awak? sakit tak kalau hati pecah ?
awak : saya tak penah rasa.
saya ; awak, awak rasa awak akan biar hati saya pecah berderai ?
awak : tidak, sebab saya sayang awak.


saya : awak, saya dah beri awak .
awak : ape dia ?
saya : (senyum) hati saya...
awak : awak , terima kasih !


saya : awak, awak jangan kecewakan saya k.
awak : tidak sama sekali.

4 years ago !

saya : awak, kenapa awak banyak berubah ?
awak : mana ada la awak , awak ni suka sangat perasan.
saya : tapi awak...
awak : awak, saya letih, nanti cakap lagi.

awak...
   

Awak...


 * the end *

(sila ketawa)


semua laki cepat sangat berubah ke ? (pelik-pelik) atau perempuan yang selalu bertindak terburu -buru ? (pulak ?)


pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

wah, tetiba semangat pulak lembu ni nak kena sembelih. HAHAHAHA !

Selamat Hari Raya Korban kepada semua umat Islam.
Raya ni, tak payah datang rumah aku.
Semua reader blog aku tak di jemput.
Sekian terima kasih.

Maju Hidup Untuk Negara (eh? tetiba pulak? ) =.='
pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

TARA !!!

berminat? ok, jangan berebut- rebut. sila hubungi *teeeeettttttt* (siaran tidak dapat disambungkan).
Jangan frust- frust k.

ok, sudah lari tajuk sikit, tak ape, sikit aje tak banyak sangat pun. Tadi aku gi jalan ke blog orang, yang pasti setakat ini beruang belum ada blog. Tetiba tersinggah blog BEN 10 ASHAARI. Then tebaca tajuk yang best mantap lagi berkualiti *ok-ok, bodek sikit*

Tajuk dia, dah macam terapampang  , tapi kalu nak aku bagi tau pun tak pe. Tak marah pun. JOM BERKENALAN  : KHAS BUAT BLOGGER BARU. so?

Tutup tajuk bab nei. Kepada Blogger yang datang ke blog aku. Aku sangat alu- alu kan. Tak kira la, silent reader ke, Terpampang reader ke. whatever reader. SELAMAT DATANG KE BLOG DIARY BINTANG BIRU. Terima kasih berbanyak kerana datang ke blog ini. Jasa anda akan ku sampai habis alam maya ini. *acececeh !*

P/s : nak baca e-novel hasil ciptaan aku tak tak seberapa nei . sila melawat ke sini (klik here)






pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka



ya. ya. I'm officially yours. hahaha :))
ok, dua tiga minggu nei, aku pun tak tahu kenapa dan mengapa aku gila sangat kat lagu ni. Serius, lagu ni bukan sedap(bukan untuk dimakan) sangat pun, tapi aku layan je. Bila aku dengan je lagu ni, automatik(betul tak aku eja?) bibir aku akan menguntumkan senyuman yang tak seberapa manis. Ok, sebenarnya aku tak tahu nak rasa manisnya senyuman tu macam mana?.
Aku akan bertambah + + + tambah senyum part-part dia cakap. "coz i'm officially yours~" aaawww! romantik la bai, tergoda + terkesima + terbabas . eh, mungkin aku ja kot yang romantik part tuh orang lain tak. =.='

Ok,sudah-sudah . Jangan melalut terlalu banyak . Jom dengar lagu Officially Yours by Craig David.





(klik play untuk dengar)
jom nyanyi sama -sama aku !


Officially Yours by Craig David

oh yeah yeah
la da day, la da day
la da da da da oh

Thinkin' how the story goes
You' re helpless and i'm wishin'
Put the film inside my mind
But there's a big scene that i'm missin'
As i re-read my lines
I think i said this, i should've said that
Did you edit me out of your mind
'cos in a flash you had disappeared,gone
Before the curtain falls
And we act this out again
Maybe i should risk it all and state


That i'm officially going on the record
To say i'm in love with you
I'm officially everything you hope that i would be
This time i'll tell the truth
I'm officially wrong i know
For letting you go the way i did
Unconditionally more than i ever was before
I'm officially yours
la da day, la da day
la da da da da oh

Travellin' down this road again
Gotta make a few decisions
Don't want you feel this hurt again
That's why i'm hopin' that you'll listen
If you let me press rewind
I'll rehearse every word i should have said
'cos girl i'm ready to make things right
Here on this stage so we can move on
And before the curtain falls
And we act this out again
Missin' pieces i'll resolve so stay



That i'm officially going on the record
To say i'm in love with you
I'm officially everything you hope that i would be
This time i'll tell the truth
I'm officially wrong i know
For letting you go the way i did
Unconditionally more than i ever was before

Things i should have said
Like i appreciate the time that i spend with you
Inspire me with the smile i put on your pretty face
My world comes alive, now i know
This time i'm not letting go
'Cos i'm officially yours
Oh oh


I'm officially everything you hope that i would be
This time i'll tell the truth
I'm officially wrong i know
For letting you go the way i did
Unconditionally more than i ever was before

I'm officially going on the record
To say i'm in love with you
I'm officially everything you hope that i would be
This time i'll tell the truth
I'm officially wrong i know
For letting you go the way i did
Unconditionally more than i ever was before

Girl i'm unconditionally yours
Officially yours, your man
Girl i'm unconditionally yours
Officially yours, i am

Girl i'm unconditionally yours
Officially yours, your man
Girl i'm unconditionally yours
Officially yours, i am



pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

i miss u !! i miss u ! i miss home !  ♥  

yeay! yeayh ! nak balik rumah ! nak balik ! rindu sama rumah sangat sangat . rindu dengan kucing - kucing ku . rindu sama bantal bucuk . rindu sama... rindu sama... yang pasti semua la !

esok , then lusa baru boleh balik . tak sabarnya ! ( macam setahun tak penah balik rumah jew) . berkobar -kobar pulak rasa nak balik . macam nak p jumpa bakal suami pun ada . oopppss, sorry sorry terlebih mengada-ngada. HAHAHa.

p/s : Now i know , i love my home so much !   ♥



pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

Macam korang nampak pada tajuk tak payah aku tulis banyak-banyak lagi. sekarang nei di media-media massa , surat khabar , majalah-majalah , dan lain- lain mesti di gemparkan dengan banjir . Aku sebagai blogger yang rajin dan berdedikasi pergi kesana untuk tangkap gambar dan siarkan didalam blog nei . ok, aku tipu . aku ambil gambar aku dari kawan aku , izzah .

air semakin mengedik meningkat.

nei dekat pekan Alor Setar, tempat aku lepak-lepak dengan bf kawan and kakak aku . Tapi itu semua kisah dulu , 5 or 6 years ago. Sekarang hanya jadi kenangan bagi aku .

wah~! air la =.=' ada swimming pool !


boleh nampak tak? taman tu dah ditengelami air banjir.


sawah padi bertukar ke 'sawah laut'

korang : eh, laut la~! *bangga dapat tengok laut*
aku : pala otak kamu, tu sawah padi yang telah ditengelami air
korang : errrr, *blur*


aku : hai ~! jangan main air hujan tau. kotor air tu.
pak cik baju merah & putih : ok adik masin manis..


lorong yang telah dipenuhi air. ;(


kecian rumah nei.. dah hampir paras... paras.... parasss....
ok, next picture please~!


air semakin gedik , galak , gegeh meningkat. focus pada papan tanda k..


aku : wey, kesian kat rumah tu
rumah : kesian kat aku an ? 
aku : eh rumah! hang bOleh cakap?
rumah : a'aa, sejak-sejak banjir nei, mulut aku terbuka, thats why boleh cakap nei.
aku : ohh, *blur*


err? laut lagi ke? atau paya? atau sawah padi ? 
aku pun tak tau sebenarnya. hehehe


sila focus pada : pokok ! sudah? then water , sudah? then korang ada nampak kat situ ada macam lock kereta kan? korang cuba bayangkan yang air meningkat pada paras itu!!
OMG ! OMG ! OMG !




next !











next !





want more picture? klik di sini .

sama-sama kita doakan kesihatan diaorang . huh, sedih juga aku dengar banjir nei . aku pun ada rumah kat Alor Setar . Eh! bukan rumah aku , rumah family aku . Aku mana mampu lagi nak beli rumah lagi, hehhehehe~ . aku ada juga sms kawan aku, takut- takut rumah diaorang kena banjir ke , tapi Alhamdulilah la, semuanya ok~ ^^ . 


p/s : harap sangat banjir nei cepat suruh ;)




pecah pasu pecah kaca, sudah baca harap suka

Copyright@2011 by Dunia Gadis Bintang Biru